← Khazanah Pantun

Pantun Berkait: Burung nasur terbang ke Padang

Berkait Klasik

Burung nasur terbang ke Padang,

bulunya lagi jatuh ke Patani,

Banyak muda sudah kupandang,

tiada sama mudaku ini.

Wikisource (CC BY-SA)

Huraian

Pantun kasih. Maksudnya, walaupun sudah ramai pemuda yang ditemui, tiada seorang pun yang menyamai kekasih pilihan hati penutur.

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap baris: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Burung nasur terbang ke Padang a 9 suku
bulunya lagi jatuh ke Patani b 11 suku
Banyak muda sudah kupandang a 9 suku
tiada sama mudaku ini b 10 suku

Pola rima: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.

Pantun sejiwa