Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Adat & Bangsa

Tanam kunyit di atas batu,Tiada duit, bergadai baju;Orang madat balik candu,Bagai monyet di pokok kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Korek kelapa ambil tempurung,Mana yang baik buatkan gayung;Jerat semata di hujung tanjung,Lalu cicak kena mengkarung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ikan todak dalam perahu,Anak syahbandar memangku puan;Tidur tak hendak makan tak mahu,Badan terserah padamu tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak nyirih galangkan dapur,Mari dititak dengan dahannya;Minta sirih barang sekapur,Mari minta dengan tuannya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Selasih dulang boleh di rumput,Pandak ruas kaki babi;Kekasih orang boleh kurebut,Baharulah puas di hati kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Masuk hutan dalam belukar,Hendak cari pucuk rotan;Sebab durian menjadi mangkar,Waktu luruh ditimpa kawan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Masuk hutan negeri perak,Hendak mencari rotan sega;Tuan umpama tabut di arak,Luar berkilat, dalam berongga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana mudik ke bentan,Limau abung dari mekah;Saya laksana si kenantan,Letakkan sabung serukan tuah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak babi dari kuala,Mati seekor mabuk cendawan;Hati hancur bertambah gundah,Dalam berahi padamu tuan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Utik-utik ikan bimbang,Minyak ketiau di hujung galah;Raja kecil silakan pulang,Linggi dilanggar, riau yang alah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Pisau raut hilang di rimba,Pakaian anak raja di judah;Karam di laut boleh ditimba,Karang di hati bilakan sudah?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tetak tebu tiga batang,Sayang sebatang dimakan punai;Tiga petang tuan tak datang,Air mata sepanjang sungai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Kain palembang kain terengganu,Pakaian anak raja kayangan;Sudah asap baharu ditunu,Hati di dalam imbang-imbangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah kelubi asam paya,Kalau berbuah bertingkil-tingkil;Orang tak sudi apakan daya?Jangan dibuat muka gedubil.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Orang melaka masak pengat,Bawa ke balai jamu menteri;Tuan laksana mestika gamat,Tiada ternilai sebuah negeri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan berpuak-puak padi,Ada biduk serempu pula;Janganlah adik berjauh-jauh hati,Asal hidup bertemu juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Legam-legum bedil di pantai,Orang menembak pedenanya;Yang mana nak abang pakai?Orang rembang kesomanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Saya tidak menanam nenas,Tanam kepaya di dalam padi;Saya tidak memandang emas,Budi bahasa yang saya cari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisang kelat masak sebelah,Padi muda kulurut juga;Bulan gelap, jalannya lecah,Hati muda kuturut juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tang mana rumah encik sutan?Belah kiri kanan jalan;Matilah abang kubur galikan,Kalau di bumi berkesan jangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Biji bacang sebiji bulat,Dikupas si jari manis;Ada abang berkirim surat,Belum dibaca sudah menangis.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Pulau sembilan tinggal delapan,Satu merajuk ke kuala kedah;Sudah nasib permintaan badan,Kita di bawah kehendak allah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Makan nasi dengan cik dollah,Rambut sehelai dibelah-belah;Ajaib aku subhanullah,Tebuan meminang anak lebah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jika tuan pergi ke jempul,Belikan saya tikar berbendul;Hati susah tulangku timbul,Apa kehendak sudah makbul.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tioman pulau yang cantik,Kera melompat di tepi kolam;Seekor kuman kena pelantik,Darah menimpa serata alam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang belayar lautan ambung,Patah tiang timpa kemudi;Putus benang boleh disambung,Patah arang sudah sekali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Anak ikan dimakan ikan,Tulang jangan dilonggokkan;Pandai makan pandai menyimpan,Rahsia jangan ditunjukkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jantung ada berbuah tidak,Anak sepat meloncat tinggi;Untung ada, tuah tidak,Sebarang niat tiada jadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putik pauh tankainya lerai,Penyengat bersarang dibunggulnya;Adik jauh rasa bercerai,Semangat tinggal dalam sanggulnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam denak dalam belukar,Tengah mematuk telur semut;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh dalam selimut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kuda saya kuda pelana,Dipacu ke air berlari deras;Pantun saya pantun makna,Kalau tak tahu jangan dibalas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lepaskan kumbang nak terbang,Kumbang kudung bawa tali;Lepaskan abang nak pulang,Ada untung balik ke mari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Hilir berakit batang selasih,Singgah bermalam di kota lama;Alang sakitnya menumpang kasih,Bercampur sebentar, haram tak lama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendak bercantik,Rambut putih sapu arang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan membeli limau,Mari taruh dalam gedung;Tuan memakai kulit harimau,Bagi terkejut kambing di kampung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ikan dipanggang sahaja,Hendak dipindang tidak berkunyit;Anak orang dipandang sahaja,Hendak dipinang tidak berduit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Keras benar ribut siang,Saf ada kayu di rimba;Keras benar ugut abang,Hanyutlah bantal di air mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Buah beludu buah keledang,Besar gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Pukul gendang tiup serunai,Raja berangkat ke seberang;Putih mata si burung punai,Kayu ara ditunggu helang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lebai pakai topi ketayap,Harap difikir orang percaya;Ingatan tak tetap akalnya periap,Seribu didua menjadi sia-sia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Punggur berdaun di atas kota,Jarak sejengkal dua jari;Musang rabun, lang buta,Baharu ayam bersuka hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulau tapai berjajar empat,Haluan orang pulang ke jawa;Putih kuning bagai disifat,Itulah tempat membuang nyawa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Asam kumbang tumbuh bertingkir,Tumbuh di pagar radin menteri;Kasih umpama kiambang di air,Akar tidak jejak di bumi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Selasih di pucuk pauh,Tetak batang pecah belah;Alangkah sakit kerkasih jauh,Saya menjadi serba salah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tujuh hari dalam hutan,Air tak minum nasi tak makan;Sehari tidak memandang tuan,Rasanya susut tubuh di badan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak itik bersangkar lalang,Turun memetik buah delima;Sudah nasib, badanku malang,Sudah berputik balik berbunga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Ada suatu panglima gading,Masuk ke hulu hendak menjaga;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaAdat & Bangsa

Terang bulan cuaca di pulau,Raja siam turun berakit;Rindu dendam bawa bergurau,Bawa diam jadi penyakit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Ada suatu Haji Tambi,Berjumpa kolam turun mandi;Baik-baik tuan menulis,Kalam jangan buat penyugi.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Ijuk-ijuk tali perahu,Tali bemban mengikat rakit;Besok-besok baharu tahu,Menaruh dendam jadi penyakit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ribu-ribu merentang jalan,Anak buaya merentang tasik;Jika seribu orang berjalan,Tuan seorang kupandang cantik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putik bacang setangkai lebat,Encik salleh berkedai kain;Dua dipancing satu tak dapat,Ikan beralih di tempat lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lumba-lumba mudik sekawan,Mudik ke teluk tanjung jati;Minta perhamba kepada tuan,Dari hidup sampai ke mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain batik baju batik,Batik datang dari jawa;Adik cantik abang cantik,Bagai pinang belah dua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Mengail ke lubuk rambai,Selasih ragang jangan letakkan;Kalau bermain sama pandai,Kasih sayang jangan nampakkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Campak jala batunya nyaring,Jala rambang olak belanak;Badan bulat bagai tenggiling,Laksana beronok berminyak-minyak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Selangat ikan seluang,Belah belakang ambil hatinya;Kur semangat tuan seorang,Paling belakang lain gantinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Riuh-rendah potong kerbau,Kasi makan orang yang ramai;Orang diam kusangka bodoh,Ombaknya besar menutup sungai.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Orang mengail di lubuk gua,Umpan dengan pucuk keledek;Orang bermain sama tua,Kerdum-kerdam bunyi gobek.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tempa kapak dengan beliung,Hendak tetak kayu berduri;Tuan di atas kemuncak payung,,Patik di bawah menjunjung duli.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)