Pantun Adat & Bangsa: Pucuk pauh delima batu
Pucuk pauh delima batu,
Anak sembilang di tapak tangan;
Biar jauh di negeri satu,
Hilang di mata, di hati jangan.
Selak rangkap
Selak binaan & rima
| Baris | Rima | Suku kata |
|---|---|---|
| Pucuk pauh delima batu | a | 9 suku |
| Anak sembilang di tapak tangan | b | 10 suku |
| Biar jauh di negeri satu | a | 10 suku |
| Hilang di mata, di hati jangan | b | 10 suku |
Pola rhyme: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).
Kongsi huraian
Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.
Huraian
Pantun kasih. Dua baris akhir merupakan ikrar kesetiaan, bahawa walau orang yang dikasihi berada jauh di negeri lain, dia tidak akan dilupakan. Biar hilang dari pandangan mata, jangan sampai hilang dari ingatan hati. Pantun ini menegaskan bahawa jarak boleh memisahkan tubuh tetapi tidak harus memutuskan kasih dan kenangan yang tersimpan dalam jiwa.
Oleh Sidang Pengarang