← Khazanah Pantun

Pantun Penutup Majlis: Kalau ada jarum yang patah

Kalau ada jarum yang patah,

jangan disimpan di dalam peti;

Kalau ada silap dan salah,

jangan disimpan di dalam hati.

Wikisource (CC BY-SA)

Huraian

Pantun nasihat. Maksudnya, jika ada kesilapan dan kesalahan, janganlah disimpan sebagai dendam dalam hati. Ajakan supaya bermaaf-maafan dan melupakan luka lama.

Selak rangkap

Selak binaan & rima
Analisis setiap baris: rima dan bilangan suku kata
Baris Rima Suku kata
Kalau ada jarum yang patah a 9 suku
jangan disimpan di dalam peti b 10 suku
Kalau ada silap dan salah a 9 suku
jangan disimpan di dalam hati b 10 suku

Pola rima: a-b-a-b. Baris 1 dan 2 ialah pembayang (sampiran), baris 3 dan 4 ialah maksud (isi).

Kongsi huraian

Ada tafsiran lain? Tambah pandangan anda untuk memperkaya entri ini.

Pepatah sehati

Pantun sejiwa