Khazanah Pantun · Tema
Pantun mohon diri, memohon maaf dan menutup majlis.
Kalau ada jarum yang patah,jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,jangan disimpan di dalam hati.
Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.
Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.