Khazanah Pantun · Tema

Pantun Pelbagai

Pantun umum pelbagai tema.

Pelbagai

Korek kelapa ambil tempurung,Mana yang baik buatkan gayung;Jerat semata di hujung tanjung,Lalu cicak kena mengkarung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ikan todak dalam perahu,Anak syahbandar memangku puan;Tidur tak hendak makan tak mahu,Badan terserah padamu tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak nyirih galangkan dapur,Mari dititak dengan dahannya;Minta sirih barang sekapur,Mari minta dengan tuannya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Masuk hutan dalam belukar,Hendak cari pucuk rotan;Sebab durian menjadi mangkar,Waktu luruh ditimpa kawan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana mudik ke bentan,Limau abung dari mekah;Saya laksana si kenantan,Letakkan sabung serukan tuah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah kelubi asam paya,Kalau berbuah bertingkil-tingkil;Orang tak sudi apakan daya?Jangan dibuat muka gedubil.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan berpuak-puak padi,Ada biduk serempu pula;Janganlah adik berjauh-jauh hati,Asal hidup bertemu juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Legam-legum bedil di pantai,Orang menembak pedenanya;Yang mana nak abang pakai?Orang rembang kesomanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisang kelat masak sebelah,Padi muda kulurut juga;Bulan gelap, jalannya lecah,Hati muda kuturut juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tang mana rumah encik sutan?Belah kiri kanan jalan;Matilah abang kubur galikan,Kalau di bumi berkesan jangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Biji bacang sebiji bulat,Dikupas si jari manis;Ada abang berkirim surat,Belum dibaca sudah menangis.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Makan nasi dengan cik dollah,Rambut sehelai dibelah-belah;Ajaib aku subhanullah,Tebuan meminang anak lebah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jika tuan pergi ke jempul,Belikan saya tikar berbendul;Hati susah tulangku timbul,Apa kehendak sudah makbul.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tioman pulau yang cantik,Kera melompat di tepi kolam;Seekor kuman kena pelantik,Darah menimpa serata alam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang belayar lautan ambung,Patah tiang timpa kemudi;Putus benang boleh disambung,Patah arang sudah sekali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jantung ada berbuah tidak,Anak sepat meloncat tinggi;Untung ada, tuah tidak,Sebarang niat tiada jadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putik pauh tankainya lerai,Penyengat bersarang dibunggulnya;Adik jauh rasa bercerai,Semangat tinggal dalam sanggulnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam denak dalam belukar,Tengah mematuk telur semut;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh dalam selimut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kuda saya kuda pelana,Dipacu ke air berlari deras;Pantun saya pantun makna,Kalau tak tahu jangan dibalas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lepaskan kumbang nak terbang,Kumbang kudung bawa tali;Lepaskan abang nak pulang,Ada untung balik ke mari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendak bercantik,Rambut putih sapu arang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan membeli limau,Mari taruh dalam gedung;Tuan memakai kulit harimau,Bagi terkejut kambing di kampung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ikan dipanggang sahaja,Hendak dipindang tidak berkunyit;Anak orang dipandang sahaja,Hendak dipinang tidak berduit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Keras benar ribut siang,Saf ada kayu di rimba;Keras benar ugut abang,Hanyutlah bantal di air mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lebai pakai topi ketayap,Harap difikir orang percaya;Ingatan tak tetap akalnya periap,Seribu didua menjadi sia-sia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Punggur berdaun di atas kota,Jarak sejengkal dua jari;Musang rabun, lang buta,Baharu ayam bersuka hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulau tapai berjajar empat,Haluan orang pulang ke jawa;Putih kuning bagai disifat,Itulah tempat membuang nyawa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tujuh hari dalam hutan,Air tak minum nasi tak makan;Sehari tidak memandang tuan,Rasanya susut tubuh di badan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak itik bersangkar lalang,Turun memetik buah delima;Sudah nasib, badanku malang,Sudah berputik balik berbunga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ijuk-ijuk tali perahu,Tali bemban mengikat rakit;Besok-besok baharu tahu,Menaruh dendam jadi penyakit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ribu-ribu merentang jalan,Anak buaya merentang tasik;Jika seribu orang berjalan,Tuan seorang kupandang cantik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putik bacang setangkai lebat,Encik salleh berkedai kain;Dua dipancing satu tak dapat,Ikan beralih di tempat lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lumba-lumba mudik sekawan,Mudik ke teluk tanjung jati;Minta perhamba kepada tuan,Dari hidup sampai ke mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain batik baju batik,Batik datang dari jawa;Adik cantik abang cantik,Bagai pinang belah dua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Campak jala batunya nyaring,Jala rambang olak belanak;Badan bulat bagai tenggiling,Laksana beronok berminyak-minyak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Selangat ikan seluang,Belah belakang ambil hatinya;Kur semangat tuan seorang,Paling belakang lain gantinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang mengail di lubuk gua,Umpan dengan pucuk keledek;Orang bermain sama tua,Kerdum-kerdam bunyi gobek.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tempa kapak dengan beliung,Hendak tetak kayu berduri;Tuan di atas kemuncak payung,,Patik di bawah menjunjung duli.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Naik bukit conggang-congit,Cari kayu membuat lesung;Kena tembup perut buncit,Lama-lama menjadi busung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Maling-maling di tepi belukar,Gelugur ditebing tinggi;Dibanding tidak bertukar,Diukur sama tinggi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tunggu dusun durian cempedak,Manggis rambutan langsat duku;Kaki pantilun sebelah pandak,Tumit melecer makan sepatu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Saya pergi ke rumah cik akup,Singgah mengutip buah kerekup,Hari petang panaspun redup,Alangkah sedap angin bertiup!

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang mengkalis memukat gelama,Pukat dirintang di tanjung pauh;Hati marah padah datangnya,Hati hiba membawa jauh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung senanti,Daun palas makanan kalui;Penatlah saya duduk menanti,Padang yang telas berbalik balui.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terbang balam sidua-dua,Hinggap di atas pokok sentul;Abang pandang, adik tertawa,Hati dalam sama tak betul.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari panas ribut berdengung,Buah semetong berayun putik;Hitam manis duduk termenung,Emas lancung terbawa mudik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dua kali saya ke jawa,Gunung belitung beringgit-ringgit;Dua kali saya kecewa,Hidung dicium pipi digigit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah bongkok jangan menyerangguh,Boleh susup dari bawah;Orang tua bongkok menggelisah gaduh,Kena serkup di bawah kawah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun enam,Mati seekor tinggal lima;Kapal di laut habis jahanam,Lalu dipanggil tukang cina.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Merpati kepak bersilang,Turun ke bendang makan padi;Simpan di peti takutkan hilang,Baik kusimpan di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ambong pergi menggetah,Dapat puyuh tepi perigi;Sedang rebung baik dipatah,Jadi buluh melepuh jari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Keriat di bawah tangga,Mari dikobak balau-balau;Tuan cerdik saya bertanya,Mana jejak anggau-anggau?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menitik embun di gunung sari,Buah delima di dalam puan;Dua tiga boleh dicari,Mana sama denganmu tuan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Belayar menyusur tebing,Sarat bermuat bunga lalang;Hidung dicium bau emping,Itulah tanda anak peladang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Limau perut delima muda,Rambutan acih, apa bijinya?Kalau turut hati yang muda,Rumah tangga apa jadinya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Katang-katang berisi manik,Yang sebiji berisi gelam;Ulurkan tangan kami nak naik,Kami datang malam kelam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cukin datang dari cina,Pasir putih di sarang helang;Miskin sudah dagang yang hina,Hitam putih dikata orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain bali selendang bali,Serindit makan lada muda;Jikalau tidak kenang sekali,Kenang sedikit ada jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kampung sebuah masuk kawar,Kibas jampung tengah malam;Saya laksana ikan di lahar,Kena tuba timbul tengelam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menjala membawa mudik,Dapat pari yu lampai;Saya bertanya kepada adik,Apakah hari iddah kan sampai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke luar berjalan hari malam,Singgah di kedai beli beras;Saya mencari serata alam,Berjumpalah buku dengan ruas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah beringin lada raksa,Anak helang mengadu makan;Kalau ingin mengapa dirasa?Buah masak sahaja dimakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hujan panas lari ke hutan,Ke luar ke padang jemur padi;Sisik emas tulang intan,Mahukah makan pancing kami?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Air mati memancing kurau,Singgah di beting kutip agar-agar;Buta larang tergagau-gagau,Jari hantu ditikam selumbar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung senanti,Tempat berkok berulang siang;Teguh-teguh pegangkan janji,Bagai rasuk dengan tiang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan ditenyeh gelemayar,Kalau malam bersinar-sinar;Air laut berkocak nampak penar,Ikan berlari terketar-ketar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau subang sama subang,kalau sanggul sama sanggul;Kalau hilang sama hilang,kalau timbul sama timbul.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Asam kandis asam gelugur,Ketiga dengan asam rembunia;Nyawa menangis di pintu kubur,Hendak pulang ke dalam dunia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mentimun betik dari ladang,Mari dicacah dengan kuku;Kecil molek abang nak pulang,Mari dihantar hingga ke pintu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kapal berlabuh di lautan sisi,Patah puteri naga-naganya;Bantal dipeluk saya tangisi,Hendak mati rasa-rasanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan ditentang pulau di siam,Telur sebiji di celah atu;Jangan dipandang penyu diam,Ia bertelur beribu-ribu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan lurut padi muda,Pecah batang, kena tangan;Jangan diturut hati muda,Rosak binasa panjang-panjangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak sawa sebesar lengan,Hendak meniti batang padi;Hendak tertawa tidak berteman,Senyum sedikit di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak beruk ekornya kudung,Turun melompat tepi pantai;Umpama kain buruk bertampung,Benci dilihat segan di pakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tunggang kuda dari seberang,Sampai di padang lalu berpusing;Saya laksana dahan tunjang,Pecah tunas menjadi ranting.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tutuh lanjut tutuhlah binjai,Capai sekali dengan buahnya;Main adik main berjujai,Apa pula akan sudahnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang ligur menembak bangau,Kena sepasang jantan betina;Saya umpama cekur jerangau,Senak kembung baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Encik husain melayur daun,Jatuh ke laut disambar todak;Sembilan musim tujuh tahun,Air tawar kena, masin tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitPelbagai

Mencari landak sekawan lima,Dimakan cendawan di pohon uni;Patik nan hendak bertanya nama,Siapa pula tuanku ini?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Pokok terung di kebun bunga,Petik bunga sambil berlari;Jung lalu pulau bertanya,Ombak juga menghempas diri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)

Ini 80 rangkap pertama bertema ini. Ada 716 lagi menanti, jumpa lewat Cari.

Pepatah bertema ini

Khazanah Pepatah →