Koleksi · Pantun Jenaka & Lucu
Semua pantun
18 rangkap pantun dalam koleksi ini. Tapis di bawah, atau tekan Baca satu-satu untuk belek.
← Pantun Jenaka & LucuOrang Sasak pergi ke Bali,Membawa pelita semuanya;Berbisik pekak dengan tuli,Tertawa si buta melihatnya.
Pantun Melayu tradisionalBelalang kodek-kodek,Mari kodek atas papan;Kalau bertemu sama molek,Gelak ingka baharulah padan.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Hari ribut pasang pelita,Sapu tangan membungkus bunga;Abang hidup jangan pelupa,Lucut di tangan kan orang punya.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Fikir-memikir sama lawak,Jangan dibawa ke tanjung jati;Sindir-menyindir sesama awak,Jangan dibawa masuk ke hati.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Seluar sampak panjang ditungkah,Tinggi labuh sampai ke pinggang;Sedikit lawak banyak merakah,Bisi gatal kena jelatang.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Sudah bongkok jangan menyerangguh,Boleh susup dari bawah;Orang tua bongkok menggelisah gaduh,Kena serkup di bawah kawah.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Batu kawi buat pengasah,Buat asah parang candung;Buatan salah duduk menggelisah,Dosa tak boleh dapat ditanggung.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pergi ke kebun memotong jerami,Beri makan kuda benggala;Menitik embun di liang bumi,Tidak kusangka menjadi geliga.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Pandai pelihara anak itik,Gelisik bulu jantan betina;Emas kertas jangan dititik,Kalau penyek tiada berguna.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Orang bentan pergi ke lingga,Singgah membeli ubi kemili;Tuan intan lagi geliga,Susah dibanding payah dicari.
Pantun Melayu tradisional, dihimpun oleh Wilkinson & Winstedt (1914)Jin besar turun bertapa,Makan sehari segantang padi;Anak sungai kalau ku-tuba,Lotong siamang jatuh mati.
Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)Anak lipan mati lemas,Mati lemas di bawah papan;Kasihkan tuan seperti emas,Bagai geliga barang disimpan.
Panton Dondang Sayang Baba (Koh & Company, Singapura, 1912)Masuk berperang mati ditikam,Ditikam mari Raja Surati;Sudah terang cahaya manikam,Suka gelak rasa di hati.
Pantun Dondang Sayang Baba, Chia Kim Teck (Melaka, 1950)Raden Galuh tunduk bersembah,Lucut cincin dari jari;Kata tuan tidak berubah,Berubah juga di ini hari.
Panton Dondang Sayang Baba, Vol. III ed. ke-2 (Koh & Koh Company, Singapura, 1922)Tanam ros di tepi telaga,Kembang ros kembang mawar;Laksana tuan air geliga,Racun diminum jadi penawar.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Bajunya sutera merah,Kainnya kain mastuli;Dengar karangan mukanya merah,Kinh-sye ketawa tergeli-geli.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Besar geliga di Goa Batu,Anak kongkang lalu di kolam;Jangan diharap kepada satu,Baiklah dua dapat dibaham.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)Hari Jumaat pasang bendera,Bendera melayang di atas jendela;Kita berkasih bersama kira,Sejuk bagai air geliga.
Panton Dondang Sayang & Nyanyian Lain-Lain, Wan Boon Seng (Singapura, 1931)