Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Ilmu & BelajarMotivasi

Anak ayam turun sepuluh,Mati satu tinggal sembilan;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Satu jangan ketinggalan.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & Belajar

Buah cempedak di luar pagar,Ambil galah tolong jolokkan;Saya budak baru belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & BelajarNasihat

Kuda hanuman dari Aceh,Dipacu lalu ke Indragiri;Tuntut ilmu muda yang bisai,Kerana ilmu kenalkan diri.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
Budi & JasaNasihat

Pulau Pandan jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga;Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Pantun Melayu tradisional
Budi & JasaNasihat

Pisang emas dibawa belayar,Masak sebiji di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi dibawa mati.

Pantun Melayu tradisional
Ilmu & BelajarMotivasi

Kijang mengantuk di rumpun buluh,Makan kodok di dalam padi;Tuntut ilmu bersungguh-sungguh,Kerana hidup tunangnya mati.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
Kasih & CintaAgama

Kalau tuan mudik ke hulu,Carikan saya bunga kemboja;Kalau tuan mati dahulu,Nantikan saya di pintu syurga.

Pantun Melayu tradisional
AgamaNasihat

Tiga puluh genap bilangan,Buah masak di atas meja;Sudah terlepas dari timbangan,Sekalian umat masuk syurga.

Rejang Sindiran (Overbeck, JSBRAS No. 67, 1914)
Kasih & Cinta

Dari mana punai melayang,Dari paya turun ke padi;Dari mana datangnya sayang,Dari mata turun ke hati.

Pantun Melayu tradisional
Adat & Bangsa

Tegak rumah kerana sendi,Runtuh sendi rumah binasa;Sendi bangsa ialah budi,Runtuh budi runtuhlah bangsa.

Pantun Melayu tradisional
Penutup MajlisKasih & Cinta

Kalau ada sumur di ladang,Boleh kita menumpang mandi;Kalau ada umur yang panjang,Boleh kita berjumpa lagi.

Pantun Melayu tradisional
AgamaNasihat

Asam kandis asam gelugur,Ketiga asam si riang-riang;Menangis mayat di pintu kubur,Teringat badan tidak sembahyang.

Pantun Melayu tradisional
Pembuka MajlisMotivasi

Berakit-rakit ke hulu,Berenang-renang ke tepian;Bersakit-sakit dahulu,Bersenang-senang kemudian.

Pantun Melayu tradisional