Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Agama

Buah rumenia dari petani,Mari dipilih masak muda;Bagaimana dunia tak sunyi?Kutu beperang dengan tuma.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mangkuk jorong pingganpun jorong,Si jorong berisi buah jati;Dua tiga kata terdorong,Jangan dibawa masuk ke hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulau tiuman dilanggar todak,Encik salleh anak melayu;Pakai pedoman saya tidak,Angin beralih saya dah tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mangkuknya empat, cawannya lima,Mari letak di atas dulang;Sahabatnya empat kawannya lima,Main mata sekeliling pinggang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain hitam celup tarum,Pakaian orang dari hulu;Tuan umpama batik lasum,Makin dibasuh makin berbau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kerawan di tebing tinggi,Tanam lengkuas di sawah padi;Tuan laksana pohon yang tinggi,Segala unggas terbang berhenti;

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari johor lama;Buah hati tinggallah tuan,Abang pergi tidaklah lama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
AgamaAdat & Bangsa

Apa putih di tambak itu?Raja sulaiman turun berkuda;Apa putih di sanggul itu?Bunga melur, cempaka muda.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah terberau batang licin,Lengkuas di dalam padi;Sudah berderau air telekin,Baharulah puas kehendak hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tetak kayu, tetaklah dahan,Sayang kemuning gugur bunganya;Rindu dendam boleh ditahan,Demam sejuk apa ubatnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaPerpaduan

Kalau tuan mudik ke jambi,Ambilkan saya buah delima;Kalau tuan kasihkan kami,Bawalah saya pergi bersama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Masuk belukar tak tentu hala,Mujur baik harimau tak baham;Ikan kupanggang, api menyala,Masak di luar mentah di dalam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ambil galah jolokkan manggis,Manggis gugur dengan sendirinya;Laut kering, pulau menangis,Gunung beridar dengan sendirinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tarik dayung sorong dayung,Mari dayung sama ratanya;Tuan pergi umpama payung,Saya tinggal apa rasanya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak acih berjual kain,Terlupa sehelai baharu dibili;Kasih belum berjumpa yang lain,Kalau berjumpa, lupakan kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Burung putih terbang ke jati,Gula putih dimakan semut;Biji mata, si jantung hati,Syurga di mana kita menurut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tuan berlembu saya berkuda,Sama-sama tanah rata;Tuan tak sungguh, sayapun tak suka,Sama-sama jauh di mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Bunga melur baharu digubah,Sunting berdikir naik ke balai;Jodoh pertemuan bukannya mudah,Di dalam fikir tidak bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Nasi bungkus nasi kering,Dimakan sampai ke beranang;Jangan putus biar genting,Biar tinggal sehelai benang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Pukul nobat tiup nafiri,Hendak tabal raja di kelang;Tuan laksana syarbat janggi,Tujuh tahun manis tak hilang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berapa harga biji lada?Selengkok jalan ke pahang;Berapa harga seorang janda,Semangkuk sayur kemahang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Masak sebutir di atas peti,buah menalu dari hulu;Hutang budi bekal mati,hutang malu dibayar malu.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Anak ayam turun dua,Mati seekor tinggal satu;Bongkar sauh belayar semula;Hendak menuju ke gedung batu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Tikar pucuk tikar mengkuang,Pakaian raja tanah melayu;Ikan busuk jangan dibuang,Buat perencah taruknya kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berapa jauh tanah palembang,Burung terbang pulang hari;Tak usah dibawa sirih pinang,Tubuh tuan datang sendiri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Oh bulan kemana bintang,Atas pucuk kayu ara,Oh tuan kemana hilang,Dalam bilik anak dara.

Wikisource (CC BY-SA)
Adat & Bangsa

Sapu tanga puncanya hijau,Pakaian anak raja melaka;Luka tangan kena pisau,Disibabkan tidak mendengar kata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rotan batu rotan udang,Anak bebarau di atas lada;Saya tak tahu larangan orang,Saya menumpang bergurau sahaja.

Wikisource (CC BY-SA)
Berkait

Karna memang di dunia itu tugasnya,Siap kalau ada rasa orang mau berbagi,Beta jadi bingung mau jalan kemana,Mampus beta punya hati dikoyak sepi.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Pohon dangsa di hutan nipah,Diambil umbut penggal-panggal;Pokok yang besar bertualang lebah,Madu menitik sambang tertinggal.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak harimau dari Bentan,Kena panah raja Surati;Tuan dipandang tidak kelihatan,Gundah gulana di dalam hati.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tuai padi sementara masak,Padi pulut dituai juga;Tujuh kunci sembilan pasak,Dari sudut diungkai juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Orang mengail di hujung karang,Dapat seekor ikan sembilang;Kasih bukan alang kepalang,Sudah mesera dalam tulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pucuk sembung selara muda,Orang menjala lubuk meranti;Patuk tedung tidak bisa,Kelit ke janda cemas mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sebai kelumbung biar litup,Panas berkuap rasa seram;Jangan dibeli barang celup,Sepuh tak makan nanti jahanam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Buah ara, batang dibantun,Mari dibantun dengan parang.Hai saudara dengarlah pantun,Pantun tidak mengata orang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kain pelekat kain caul,Sama-sama kita ampaikan;Adik berniat abang berkaul,Sama-sama kita sampaikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Batang padi batang capa,Batang selasih penggal di puan;Sampai hati, sampai rasa,Tengah kasih tinggalkan tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Salam sembah batang selasih,Sayang kemuning bertabur daun;Sungguhpun baharu kita berkasih,Rasanya sudah seribu tahun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pergi ke bendang mencabut kumbuh,Dicabut budak cepat berlari;Mohonlah patik bekas tubuh,Kain dipakai sehari-hari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Banyak-banyak kucing berlari,Mana nak sama kucing belang?Banyak-banyak boleh dicari,Mana nak sama tuan seorang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putus tali jalan jemantung,Buah cempedak condong ke paya;Putus hati hendak bergantung,Orang tak hendak, apakan daya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Masak buah sianggit,Makanan anak barau-barau;Antara bumi dengan langit,Di situ jejak anggau-angau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kulit lembu celup samak,Mari buat tapal kasut;Harta dunia janganlah tamak,Kalau mati tidak diikut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kerengga di dalam buluh,Serahi berisi air mawar,Sampai mesrah di dalam tubuh,Tuan seorang jadi penawar.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Ulam mari pucuk medang,Baik diulam pagi petang;Baik carikan telur kumbang,Akan penuba buaya gedang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ada seekor burung pucung,Leher panjang, kakinya kudung;Tuan seumpama kemuncak payung,Sahaya di bawah tumpang melindung.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Perahu baharu, temberangpun baharu,Baharu sekali masuk melaka;Tiuan baharu, sayapun baharu,Baharu sekali kenal biasa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitKasih & Cinta

Merak mengigal di dalam taman,Mati dipatuk ularnya lidi;Tinggal mahligai kampung halaman,Beserta kolam, tempatku mandi.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Ilmu & Belajar

Anak cina pandai menyurat,Hati di dalam sangat gelurat;Saya umpama perahu yang sarat,Entah ke timur entah ke barat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Keluang terbabar malam,Turun menghisap bunga kundur;Hari sudah jauh malam,Manalah saya nak numpang tidur?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa guna kain dibetang,Jikalau tidak guntingkan baju?Apa guna keris disandang,Jikalau tak berani bunuh madu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Orang acih pulang ke acih,Mengail kurau dapat senangin;Bukan mudah kita berkasih,Laksana wau melawan angin.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaMotivasi

Kumbang terbang keliling kota,Makan ruam sepohon habis;Adinda jangan bimbang tak suka,Ambil keris tikam sekali.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Pulau tinggi terendak cina,Tampak dari pasir seribu;Abang pergi janganlah lama,Tidak kuasa menanggung rindu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke deli,Langsung saya pergi palembang;Baik-baik pegang kemudi,Saya nak layar lautan gelombang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik alang terkena kecek,Duit seringgit habis sekali;Saya laksana barang tertempek,Dijurus air gugur sendiri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Ada ubi,ada batas;Ada budi,ada balas.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Terbang beriring rama-rama,Singgah ke paya makan lumut;Kalau tuan pergi lama,Tinggalkan saya kain selimut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga podak tepi telaga,Sunting budak di atas panggung;Sunggung berbedak berlain juga,Umpama kodok bawah tempurung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)