Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Kasih & Cinta

Daun durian jatuh tercampak,Lopak-lopak isi selasih;Tujuh tahun di lambung ombak,Tiada kulupa hati yang kasih.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bulan ini bulan puasa,Orang bertapa siang hari;Apa nak takut ular yang bisa?Penawar ada di tangan kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaNasihat

Cenderawasih burung kayangan,Singgah hinggap di pauh janggi;Kalau kasih alang-alangan,Baik tak usah sekali-kali.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Sudah bertemu kasih sayang,Duduk terkurung malam siang;Hingga setapak tiada renggang,Tulang sendi habis bergoncang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pasang geta di dalam bilik,Kerawang bunga kuntum cempaka;Tuan laksana senata pelantik,Sebarang randuk kena belaka.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ambil cap tanah digali,Dapat menikam satu guri;Muka bakup telinga tuli,Tunjuk tangan baharu erti.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Bukannya bagai perawan dahulu,Banyak menaruh sopan dan malu,Sekarang ini bedah terlalu,Barang bicara sekeliannya tahu.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Tinggi bukit gunung juasih,Nampak dari jeram padang;Bukannya mudah bercerai kasih,Umpama kerbau sesat bertandang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Kalau kerja raja di Kelang,Pakai kebaya sama gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Berserap sampai ke dalam tulang.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Buah berembang buah pedada,Jatuh sebiji di batang hari;Seekor kumbang menjadi naga,Merak nak pimpin di hujung jari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung semantan,Tempat punai melambung telur;Yang pergi tak kenyang makan,Yang tinggal tak lelap tidur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau tuan makan jemuju,Ambilkan pati ubat batuk;Kasih tidak dua setuju,Sebagai taruk menjadi pucuk.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pasang lukah di mulut sungai;Kerapat berkapur-kapur;Bukan getah melawan punai,Punai tak dapat bulu bertabur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

1204 budak-budak main gasing,Main di bangsal datuk laksamana;Habis buah tinggal ranting,Dahan tunjang tidak berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Gunung Daik bercabang tiga,Tampak jauh dari seberang,Budi yang baik dikenang juga,Khidmat bakti disanjung orang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Sirih kuning junjung bergolek,Padi rebah lapik tikar;Putih kuning warnanya molek,Seekor gajah abang tak tukar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
MotivasiAdat & Bangsa

Buat bangsal di tengah hutan,Laksamana perigi membelah;Biarlah sabar dengan perlahan,Tak kan gunung nak rebah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik tahir pergi ke kampung,Kutip ijuk membuat lidi;Tuan laksana air ditakung,Sejuk mesera ke dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
NasihatKasih & Cinta

Buluh perindu di atas atap,Anak itik ampas-ampaskan;Jikalau rindu jangan meratap,Siapa lalu tuan pesankan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kalau tuan beli ragi,Boleh juga membuat tapai;Belilah kain dua seragi,Boleh juga berganti pakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Ponggok berperang unggas dewata,Perang dengan si rajawali;Besi buruk dibuat senjata,Ugut sahaja tak apa jadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke hulu menetak kantan,Tertetak ke batang padi;Sudah patah si kenantan,Sampai begini gelanggang sunyi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ayu turun ke tanjung,Singgah membeli topi tarbus;Saya umpama kayu lempung,Ditebuk kumbang tembus-menembus.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau raut tajam berkilir,Akan peraut tangkai gayung;Air surut abang nak hilir,Kerat rambut galaskan dayung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & BangsaKasih & Cinta

Ayam denak dari Petani,Disembah ke Dato Raja Muda;Sirih disemat dengan nyanyi,Pinang dibelah dengan suara.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Berkait

Jatuh ke laut lalu tenggelam,Sayap patah badan terbelah,Wahai umat beragama Islam,Tetapkan iman kepada Allah.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Cawi-cawi di akar tuba,Jatuh di bawah dipuput ribut;Dik apa hati tak hiba?Kasih bercerai di dalam selimut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & JasaKasih & Cinta

Buah masak lebat setandan,Buah selasih ditugalkan;Tengah berbudi datang dugaan,Tengah berkasih ditinggalkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kembang tersenyum bunga cina,Tiga dengan gandasuli;Sakalian alam habis pana,Tuan juga yang tajalli.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hendak hilir setanjung lagi,Saya menengok pulau mengkuang;Minta janji setahun lagi,Kalau ada bicara orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Naik ke bukit membeli lada,Lada sebiji dibelah tujuh;Apa sakit berbini janda?Anak tiri boleh disuruh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Sungguhpun bijak orang sekarang,Ilmunya banyak fahamnya kurang,Bintang di langit dapat dibilang,Tidak sedar mukanya harang.

Wikisource (CC BY-SA)
BerkaitPelbagai

Berapa banyak mati panglima,Dibantu oleh segala Serani;Kami nan hendak bertanya nama,Anak siapa tuanku ini?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Orang karam terampung-ampung,Hanyut ke beting dalam londang;Pakai kain belah betung,Dipukul angin terbuka lapang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Geringsing wayang tulis perada,Kain antilas saya embunkan;Kasih sayang bilakan ada,Belas kasihan saya pohonkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah remunia buah sentul,Mari jatuh tergolek-golek;Kalau encik tak kurang sanggul,Sayapun tak kurang tenggek.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Kecuali anak-anak sekarang ini,Laki-laki dan perempuan sama berani,Sama bermain ke sana sini,Sebagai orang laki bini.

Wikisource (CC BY-SA)
Berkait

Serabi di muka pintu,Pergi ke parit hendak merayau,Maka sampai sehingga situ,Ratu Amas berbalik ke Riau.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Banyak orang banyak perahu,Kena gelombang angin selatan;Kalau tuan nak pergi dahulu,Biar tenggelam apung di depan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Padi pulut padi di kelang,Makan kera dengan babi;Jangan gelut jangan digelusang,Alamat kerja tidak menjadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kapal masuk ke pulau pinang,Singgah berlabuh di hujung tanjung;Macam mana hati nak senang?Satu sangkar dua burung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Conggang-conggong kerabat batang,Batang tumbang kayu melata;Kering cengkung mata buntang,Telunjuk ke diri tikam mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Selat dinding tanjung terpencil,Tempat cik yop berkedai belanga;Putih kuning pinggangnya kecil,Pipi dicium berbau bunga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari-hari masuk ke taman,Kerat-kerat kayu api;Tuan umpama syarbat minuman,Sedikit tak ralat di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Layar bias turun ke hilir,Tiada tercanggah air deras;Tiada mengerti kias dan sindir,Tiada rut rasa maras.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tiup api jerang belanga,Akan perebus kepala kurau;Tuan pergi janganlah lama,Siapakah kelak teman berguau?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang berbuai laju-laju,Hendak sampai ke seberang;Buangkan saya sudahlah tentu,Bagai mayang dengan seludang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Penyengat di tepi air,Memanjat akar di kubur;Ingat-ingat getah cair,Kalau tak dapat bulu bertabur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Pergi ke Parit hendak merayau,Situlah banyak ubi kemili,Ratu Amas berbalik ke Riau,Duduk mendiam-diamkan diri.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Pulau pinang simpang empat,Satu lorong jalan tersekat;Habis peluru dengan ubat,Seekor burung haram tak dapat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rama-rama terbang ke rasau,Sampai ke rasau membilang jari;Berapa lama abang merantau,Adik yang tinggal membilang hari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jika tuan pergi ke pantai,Telur itik golek di lantai;Sungguh wangi bunga rampai,Hendak dipitik tiada bertangkai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kena embat tersera-sera,Terlompat-lompat bagai kera;Harimau putun kena penjara,Pelanduk kecil menolak mara.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ada satu penglima garang,Janggut panjang misai bercabang;Pokok pisang boleh tuan tebang,Kepada saya jangan dicadang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Orang mengail di kuala daik,Dapat seekor ikan duri;Sudah terkenang budi yang baik,Jatuh tersimpan di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ibumu sakit berbagai-bagai,Lahirkan engkau, bidanpun capai;Dibagi mandi terkuai-kapai,Diambil bedung dibagi pakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bertanjak baharu bertinjau,Tahu langkah tilikan saat;Orang sesak hatinya risau,Hemat serempak hendak membuat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sirih kuning permatang tebat,Jangan beli pengalan panjang;Putih kuning rambutnya lebat,Jangan beri berjalan seorang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Naik bukit membeli mangkuk,Mangkuk berisi buah berangan;Tahan racik, burung tak masuk,Burung biasa makan di tangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak teja dalam dusun,Tumbang ke ladang padi binasa;Hari senja ayam naik serun,Tikus melawar mencari mangsa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)