Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Ulang-ulang melihat bendang,Tanah merekah padi bertangkai;Saya laksana kain sebidang,Sukat ditungkah baharu dipakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Pokok kerekup tepi penjuru,Sayang buah lebat di dahan;Sudah cukup mengadap guru,Berani saya masuk di medan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Datuk Japar anak Temenggung,Lalu masuk di hujung lorong;Kalau lapar makankan jagung,Jagung jangan katakan rebung.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Rek-rek tiada seriat,Bukan berhenti makin lebat;Payung robik tempias sekerat,Kain dipinggang lembab melekat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung mak buah,Mengadu lembu berbunuhan;Jadilah segala yang sudah,Inilah syarat pertemuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Serindit digonggong lang,Jatuh ke longgok Indragiri,Sudah terselit di kampung orang,Baik-baik membawa diri.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Kain sutera berkabung-kabung,Pakaian anak raja maulana;Pasang jerat di hujung tanjung,Mengkarung lalu, cicak terkena.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sayang ara pokok lempung,Buahnya masak dimakan punai;Saya laksana hempulur nibung,Buruk tinggal dimakan anai-anai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga pandan di dalam kampung,Bunga rampai di dalam puan;Sakit badan tiada tertanggung,Hendah melepaskan hajat tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Kalau tuan pandai menyimpai,Cubalah simpai taruk bertorang;Kalau tuan pandai mengungkai,Cubalah ungkai di tangan orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Perahu mabuk kemudi gila,Bawa belayar ke kuala minyak;Bulan mabuk matahari gila,Apa kata bintang yang banyak?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Encik tanguk duduk berkedai,Ia pandai berjual beli;Sudah meremuk rupanya murai,Hampir mengena umbun tali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kerat kayu bawa ke kuala,Mari kerat batang beringin;Perahu buruk ditampal gegala,Layar robik tak makan angin.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berbuah setambun tulang,Makanan anak barau-barau;Ada untung, berbalik pulang,Jika tidak, mati di rantau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana mudik ke hulu,Singgah mengentas buah delima;Untung saya umpama sagu,Lapar perut baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Ikan raya di bahar allah,Berenang menuju di tengah arung;Sia-sia tuan berlelah,Jaring direntang di hadap burung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dinding perepuh rumah cik alang,Pagar buluh di tepi perigi;Sungguh tuan panglima garang,Mengadap musuh tak pernah sekali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke tanjung,Bawalah kain satu kayu;Kalau tuan menjadi burung,Saya menjadi ranting kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ayu pergi ke hutan,Ambil golok potong sena;Saya laksana sayur-sayuran,Tidak berlauk baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pinang ceratak, pinang cerati,Cendawan di atas papan;Pinang dipetik, sirih dibeli,Bermakna maka dimakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Pokok pompong atas kota,Tempat bermain encik siti;Alangkah bohong tuan bekata!Belah dada bukankah mati?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Orang acih pulang ke acih,Manisan lebah dalam perahu;Tidur sebantal menunjukkan kasih,Hati berubah siapa tahu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Zaman tatkala raja di Kelang,Tali diukur dengan gelang;Budi sedikit bilakah hilang,Sudah serap di dalam tulang.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Membakar suluh keliling kampung,Akan penyuluh semut api;Berpuluh-puluh musuh berkampung,Janji adik sebelum mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kepiting duduk menyelampai,Lalu bergelung dari induknya;Lepaskan tupai yang berantai,Menyunting bunga dari tampuknya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Orang acih pulang ke acih,Ikan kurau kata senangin;Bukan mudah bercerai kasih,Laksana wau menanti angin.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Budak-budak sabung keridik,Mari bersabung di atas kota;Terlangsung perahu boleh balik,Terlangsung budi orang mengata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa hendak dikatakan lagi?Naga menjadi ular lidi;Seumur kucing tiada bergigi,Tikus hendak melompat tinggi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Selingga kedua lingga;Tiga dengan kuku balam;Hati tidak dua tiga,Bagaimana di luar begitu di dalam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Limabelas dayung ke jambi,Bunga nenas di dalam kebun;Tidakkah belas memandang kami,Siang berpanas malam berembun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
SindiranPelbagai

Limau manis di tepi perigi,Lebat buah di hujung dahan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Orang belayar bertali kelat,Beserta dengan tali bahu;Luka di tangan dapat dilihat,Luka di hati siapa tahu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah lanjut, buah binjai,Mari makan ulam petai;Susu lanjut, duduk tersempai,Anting-anting duduk terjuntai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Harumnya bikin elus beta punya hati,Seakan takkan pernah tutup matanya,Cinta tak kunjunglah jua beta rasai,Hancur batin ditumbuk nestapa.

Wikisource (CC BY-SA)
BerkaitNasihat

Awan di mega jadi tudungnya,Sarang pipit di dalam negeri;Sendiri juga yang menanggungnya,Hendaklah ingat kemudian hari.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Silap dijalin hendak meradang,Tak betul susup rotan pengikat;Sebab campin kera tergalang,Bakul dianyam tak tentu semat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Sedang perang negeri cina,Ular sawa melilit kayu;Sedang kumbang gilakan bunga,Kumbang terbang, bungapun layu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Bagaimana menangkap landak?Di asap pintunya dengan api;Bagaimana mula berkendak?Dari mata turun ke hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jalur penjajap berkain cindai,Laju bagai burung terbang;Setahun belayar tiga bulan sampai,Layar tak berhenti malam siang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kayu patah di rimba besar,Patah di titi maalim sidi;Sungguh gajah binatang besar,Sudah rezeki si ular lidi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Buah menalu dari hulu,batang berah dibelah-belah;Hutang malu dibayar malu,hutang darah dibayar darah.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Anak itik anak angsa,Beri padi hendakkan dedak;Bisi kutuk bisi celaka,Dibiri laki mahukan kendak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang tempang jangan dijajat,Ingat-ingat hari belakang;Rumah buruk disapu cat,Bunga layu semula kembang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tengah malam masuk beradu,Labuh tirai tertutup kelambu;Tuan laksana air madu,Manisnya sampai jantung lempedu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Banyak orang panjat kelapa,Kelapa dipanjat kebun cina;Budi tiada, hodoh rupa,Kepada orang tiada berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & BelajarAdat & Bangsa

Lembu siapa tambat di pagar?Lembu raja putus tali;Guru mana tuan belajar?Boleh mengadap sekali lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Di mana banyak anak teruna,Anak perawan pun ada di sana,Kelakuannya itu berbagai warna,Kesudahannya itu berbuat zina.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Orang mengail di atas batu,Dapat seekor ikan duri;Hati tuan ingat begitu,Hati saya terlebih lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Pucuk melampai hala ke belukar,Mati di lilit ribu-ribu;Bunga di lengkung ular yang besar,Carilah akal dengannya tipu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Malam ini malam jumaat,Pasang dian kepala titi;Tepok bantal panggil semangat,Semangat datang dalam mimpi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak buluh rancung mengkuang,Penggali urat si jemertas;Sama luluh sama hilang,Seperti dawat dengan kertas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Terang bulan di pulau upih,Tetak kayu timbun-timbunkan;Bunga ini kiriman cik putih,Jikalau layu tolong embunkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Kemuning daunnya lampai,Tumbuh di jirat paduka tuan;Di atas dunia kaul tak sampai,Di dalam syurga bernantian..

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga cempaka kuntum setanggi,Jatuh setangkai di tengah laut,Mari kita sempurnakan janji,Siapa tahu ajal dan maut?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Musim lecah di hujung kampung,Cari sayur rebus cicah;Patah tiang kuikat sambung,Biar penat berpeluh basah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hujan ada lebatnya tidak,Berteduh di bawah pokok belimbing;Tidur ada lelapnya tidak,Nyamuk berkinja dengan kepinding.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Punai jantan terbang sekawan,Entah tidak kembali lagi;Tuan laksana kain kapan,Entah tidak berganti lagi.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Ratu anum panji kelana,Disiru dewa terbang melayang;Cantik tersenyum sekuntum bunga,Sayang bunga dikawal kumbang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
PerpaduanAdat & Bangsa

Lebat-lebat bunga delima,Sunting raja naik ke legur;Hendak ditimbang biar bersama,Sudah salah sangkut bertabur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana pergi mendekut,Dapat seekor punai gading;Adakah singa memakan rumput?Adakah lembu memakan daging?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)