Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Berhuma ke balik desa,Menengok beruk berulang makan;Kalau bertanya kurang periksa,Buah mabuk sudah termakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Mengata dulang,paku terserepih;Mengata orang,kamu yang lebih.

Wikisource (CC BY-SA)
Adat & Bangsa

Kalau tuan pergi ke bangsal,Singgah kait buah ruminia;Kalau dah ambil jangan menyesal,Sesal kemudian tidak berguna!

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sebelang kulit cemperai,Kulit keladi ketulangan sega;Kepalang lama abang bercerai,Elok kita berpulangan semula.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Pilih-pilih tempat mandi,Pertama teluk kedua pantai;Pilih-pilih tempat menjadi,Pertama elok kedua pandai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah tembega dibawa pulang,Rama-rama terbang ke jawa;Adik membega, abang membulang,Sama-sama membuang nyawa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rumah baharu cantik dialas,Alasan hebat kerawang berbunga;Saya umpama daun palas,Balut ketupat baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
NasihatBudi & Jasa

Limau purut limau lelang,Masak sebiji di pangkal Rama;Harimau mati tinggalkan belang,Manusia mati tinggalkan nama.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Budi & JasaAdat & Bangsa

Bukan tanah menjadi padi,Kalau jadi hampa melayang;Bukan bangsa menanam budi,Kalau tanam cuma terbuang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tempat ludah saya ludahkan,Makan sirih carik-bercarik;Yang sudah saya sudahkan,Kita mengaku adik-beradik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terkerumit-kerumit tindas kutu,Kutu merayap dalam rambut;Puru di tumit jadi kematu,Meski baik tak hilang parut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Niat hati nak pancing temenung,Sudah terpancing ikan setoka;Niat hati nak peluk gunung,Sudah terpeluk biawak celaka.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pokok mengkudu di tepi paya,Sayang sedahan buahnya lebat;Tuan tak tahu di hati saya,Belahkan dada, cuba lihat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang seberang cari teritip,Anak beruk jantan betina;Kalau buang tak patut kutip,Benda yang buruk apa nak guna?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari petang matahari redup,Anak kumbang terbang berdengung;Saya laksana kunyit hidup,Masak gulai busuk maung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hendak pergi ke bukit putus,Lihat orang hempas lengan;Jahit sudah kelindan putus,Hilang jarum di tapak tangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sudah gembur baharu menukai,Benih dibawa dalam bungkus;Menjalar melata pohon temikai,Sayang buah dimakan tikus.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Nyiur tinggi di tepi perahu,Di goncang ambil buahnya;Tuan bersuami kami tak mahu,Jikalau bujang apa salahnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pucuk pauh berulam pauh,Petang-petang kacau inti;Sayang saya berkasih jauh,Petang-petang hancur hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau tuan hendak ke jambi,Lipat kajang kemas-kemas;Jikalau tuan hendakkan kami,Cari kijang tanduk emas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau ada kaca di pintu,Katang-katang berisi rempah;Kalau ada kata begitu,Saya tatang di hujung lidah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tanam padi di bukit jeram,Tanam keduduk atas batu;Macam mana hati tak geram,Menengok tetik menolak baju.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Timun betik mari kupetik,Petik mari canggal kuku;Hilang sungkit berganti batik,Batik bernama cindai beledu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak beruk besar lengan,Masuk ke bendang makan padi;Kalau kasih alang-alangan,Biar tak usah sekali-kali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Anak itik berenang balik,Menyelam takutkan lemas;Kalau ada budi yang baik,Saya tidak memandang emas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & BelajarAdat & Bangsa

Cik siti pandai menempa,Tempa keris raja di situl;Saya umpama padi yang hampa,Buang di air semuanya timbul.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Anak ruan lima-lima,Mati seekor di atas darat;Kasih tuan saya terima,Jadi hutang dunia akhirat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Teluk batu tanjung perapit,Pisau raut di dalam perahu;Peluk pangku cium sedikit,Di dalam laut siapa kan tahu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sabar sungguh Raja Kuantan,Mengikut perang dari kuala.Adinda tuan sepantun intan,Tidak ternilai yang punya harga.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaAgama

Kalau naik pinang masak,Ke luar tampuk tinggal mayang;Ditimang-timang diletak-letak,Jiwa semangat kasih sayang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitPelbagai

Orang Feringgi melanggar China,Berapa banyak mati panglima;Sekarang tuan pergi ke mana?Kami nan hendak bertanya nama.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Tinggi-tinggi pokok lembari,Sayang pucuknya menyapu awan;Habis teluk puas kucari,Bagai punai mencari kawan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pasang lukah dalam bandar,Lukah hilir dengan sendirinya;Jika tak pulang bulan safar,Talak gugur dengan sendirinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terang bulan bagai diukir,Pinang sendawa dari mengkasar;Jikalau saya setia mungkir,Tuntutlah daawa dipandang mahsyar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau pergi ke teluk mas,Berhenti di bawah pohon terap;Tuan umpama songket emas,Terang cahaya merelap-relap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Suka sangat jalan merantau,Tak tentu teluk segenap pantai;Barang yang jauh hendak dicekau,Tangan pendek hubung tak sampai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pergi ke pantai kutip belankas,Tambat kerbau di pohon belimbing;Hidup di dunia tiada berbingkas,Kalau bertunas diragut kambing.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah sukat jangan diparas,Paras tiada sama ratanya;Barang terhimpun kena cengkuas,Kepada siapa hendak bertanya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Nyiur gading dua tandan,Setandan baharu berisi;Harumnya bagai bunga pandan,Lekat di tangan saya tangisi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari perlak ke pauh janggi,Rama-rama di punca kain;Tuan tak solak, saya tak sudi,Sama-sama mencari lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Limau purut lebat di pangkal,sayang selasih condong di uratnya;Angin ribut dapat ditangkal,hati kasih apa ubatnya.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Lipat kain lipatlah baju,Mari kulipat di dalam puan;Sukat air menjadi batu,Baharu saya lupakan tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak orang payakumbuh,Turun ke pantai memacu kuda;Mumbang busuk ditanam tumbuh,Nibung bangsi bertaruk muda.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Pisang kelat digunggung helang,Jatuh ke laut indiragiri;Abang terselit di negeri orang,Baik-baik membawa diri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Gersek akarnya hangit,Akarnya habis dipijak gajah;Pasang jerat di pintu langit,Pesawatnya ada dalam tanah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kemam bibir jangan dimarah,Beralan di tanah tinggi rendah;Bukan harimau hendak kerekah,Kaldai yang bodoh bolehlah mamah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa lauk nasi rendam?Sayur petola dinihari;Apalah ubat hati yang dendam?Gesek biola tarikkan nyanyi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Hendak mandi ke tepi tebing,Mandi jangan dirintikan;Nasi keris ulamnya lembing,Cinta sayang jangan dirintikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Tenang-tenang air di laut,sampan kolek mudik ke tanjung;Hati terkenang mulut tersebut,budi baik rasa nak sanjung.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Nyiur manis lebat setandan,Masak di bawah mayang mengurai;Laksana buah duduk tersimpan,Isi di dalam di tebuk tupai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Encik tahir bermain congkak,Congkak dimain lubang batu;Encik laksana air yang sebak,Mana boleh mudik ke hulu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak tiung menyisir bukit,Nak mandi jalan gemilang;Peluk leher cium sedikit,Buat bekal abang nak pulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Santan diperah nyior dikukur,Hendak makan bulan puasa;Saya laksana barang sadur,Kalau dilebur habis binasa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tidak kerana kunci,Papan peti saya belahkan;Kalau tidak kerana mati,Belah dada saya tunjukkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kokok ayam megat pandia,Kokok lalu merentas tanjung;Mimpi tidur dengan si dia,Peluh menjadi bunga tunjung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang belayar balik berbalik,Lalu berlabuh tempat yang tenang;Abang yang pergi hati tak baik,Adik yang tinggal hati tak senang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Teluk temu padang lengkuas,Sama kiri kota mengkuang;Peluk tak jemu cium tak puas,Apa kan daya di tangan orang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ulu congkih si pisau raut,Congkih berulu dengan sendirinya;Seorang lepas seorang terpaut,Ombak berpalu dengan sendirinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Itik mengakak malam jumaat,Masuk kampung dewa raja;Apa dikirim di dalam surat?Cembul berisi air mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jahit baju berkelim terus,Baju dijahit jadi bengkalai;Tuan laksana batu pirus,Terikat di cincin manis dipakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)