Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Cik esah bertanam tebu,Jangan dibuang selaranya;Tak usah saya bertemu,Asal mendengar suaranya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tinggi bukit gunung saikjah,Tempat melambung telur murai;Mimpi saya mengadu gajah,Rupanya kasih akan bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak cina cari sembilang,Dapat seekor di atas pasir;Laksana mahkota gilang-gemilang,Sebagai emas baharu diukir.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pagar-pagar dengan kayu,Pokok limau tepi paya;Berapapun di pujuk dan di rayu,Tuan tak mahu apakan daya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Budak-budak tahan perangkap,Mari tahan di tepi gumpung;Sapi liar lagi kutangkap,Inikan pula cicak mengkarung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menumbuk ada berantan tidak,Antan ada kayu bentaling;Pengayuh ada sampan tidak,Sampan ada air dah kering.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kotor jangan dicalit-calit,Habis pakaian bertelau-telau;Bengkeng jangan mencari sabit,Kelak haru menjadi kacau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Seakan takkan pernah tutup matanya,Terus tersenyum bunga tiada malu,Hancur batin ditumbuk nestapa,Kotor hati jadi langsung mengguru.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Isap rokok tembakau cina,Asapnya keluar seperti bunga;Ayohai adik abang bertanya,Cincin di jari siapa yang punya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa putih di tengah ladang?Ampas tebu digonggong dendang;Biarlah putih tulang di padang,Malu jangan dibawa pulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Hari panas helang berlegar,Ayam terkurung di dalam reban;Hutang emas boleh dibayar,Hutang budi gunung terbeban.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Putik pauh selara pauh,Tarik sembilu saya asamkan;Adik jauh abangpun jauh,Kalau rindu tolong kirimkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain ini kain sutira,Kalau mandi disisah jangan;Main ini main berdua,Kalau mati menyesal jangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok pauh berdahan dudur,Tumbuh berpagar di tepi kolam;Pandangan jauh kilat bersadur,Sampai dekat kelihatan hitam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah bertudung terendak bentan,Pagar siapa saya sesarkan?Sudah untung permintaan badan,Dengan siapa saya nak kesalkan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang latah memotong rumput,Potong dalam kebun cina;Saya laksana antah melukut,Lapar sangat baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Rumah kecil tiang seribu,Rumah gedang terpanggung;Dari kecil timangan ibu,Sudah besar timangan untung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang cina pulang ke cina,Siap bermuat batu kapur;Saya di sini tuan di sana,Semangat saya berulang tidur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak buaya mudik ke hulu,Nampak sedikit tulang ridipnya;Anak dara duduk di pintu,Nampak sedikit hujung tetiknya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berjorong serupanya puan,Berkeris serupanya pedang;Bijaksana rupanya tuan,Bersembunyi di tengah orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hujan panas kemarau embun,Keluar ke padang menjemur padi;Tuan umpama kunang-kunang sekebun,Sebagai syamsu bersinar pagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tebu betung dalam paya,Ambil sebatang belah empat;Sudah tak untung nasib saya,Ikan dipegang balik melompat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terang bulan terang ke paya,Anak gagak makan padi;Kalau tuan kurang percaya,Belah dada melihat hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
AgamaKasih & Cinta

Simpai rotan dari Melaka,Buat pemikul rusa berjalan;Jikalau sampai niatnya kita,Bayar kaul puasa sebulan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Burung merpati beranak tunggal,Hinggap mari ke kota raja;Tuan pergi saya tinggal,Kepada siapa saya nak bermanja?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Antah tampi buang melukut,Habis bertabur serata-rata;Orang kaya sangat kedekut,Sebab boleh simpan harta.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksana pergi ke semantan,Singgah menuju ke kualanya;Adik laksana cincin intan,Kakanda mabuk akan cahayanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak buluh tepi pongsu,Buat panah burung terbang;Sungguh tuan sampan baharu,Dimakan kapang habis berlubang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Orang mengail perahu payar,Dapat seekor ikan kepiting;Kata tuan pandai belayar!Mengapa terkandas di atas beting?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Gelang dipakai perak masam,Kena air masin nampuk senam;Badan tak sedap sering seram,Kerap bersin hendak demam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain dijimur, padi ditabur,Pokok mempelas di hutan mengkuang;Saya umpama nyiur di kukur,Santan diambil hampas dibuang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Orang acih bersampan payang,Singgah berhenti di gunung jerai;Sungguh kasih kata tak sayang,Cari jalan hendak bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mari dibungkus dengan kertas,Dikarang pula berjalur-jalur;Tuan di hati haram tak lepas,Terang laksana cermin habilur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Besar kesaktian berma gangga,Membangunkan kota rokam baiduri;Laut arifin silalah duga,Supaya bersinar cahaya johari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam di atas bukit,Mencatuk mari buah jerenang;Cawi demam, langpun sakit,Sampai bila cawi kan senang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak batak mudik bergalah,Diketip nyamuk habis lebam;Bukan retak mencari belah,Sukat dihempas remuk-redam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & BelajarKahwin & Merisik

Laksamana berempat di atas pentas,Cukup berlima dengan gurunya;Bagailah dawat dengan kertas,Sudah berjumpa dengan jodohnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tidak merbah makan padi,Antah makan kumbang bulan;Tidak berubah dari kami,Entah berubah dari tuan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ruku-ruku riki-riki,Buat serbat air madu;Bagai kuku dengan isi,Sahabat juga memberi malu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau kulurut padiku ini,Jikalau kulurut, pecah batang;Jikalau kuturut hatiku ini,Jikalau kuturut, salah datang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kambing saya di balik pintu,Makan ke darat rumah;Sirih saya sirih bertentu,Makannya tak berkunyah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
NasihatSindiran

Dari sana pergi ke sini,Masuk ke dalam turun kain;Bacang jangan disangka kuini,Kulitnya sama, rasanya lain.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Ular naga tepi perigi,Mari dikurik tujuh celahnya;Tuan laksana syarbat janggi,Tujuh mertabat rasa manisnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang hutan bergenditkan akar,Berkampungkan dalung bertiraikan banir;Jikalau segan mengorak lengkar,Tepung dibancuh menjadi hanyir.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Selasih di tengah padang,Datang gajah dililainya;Sedang kasih tengah sayang,Datang allah diceraikannya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Kalau tuan pergi ke Tanjung,Belikan saya pisau lipat,Kalau tuan menjadi burung,Saya menjadi benang pengikat.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Di permatang tak dapat mandi,Di perigi mandi jua;Tak dapat setahun ini,Tahun datang dinanti jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Padi muda jangan dilurut,Kalau dilurut, pecah batang;Hati muda jangan diturut,Kalau diturut, salah datang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Anak ayam turun sembilan,Mati satu tinggal delapan,Ilmu boleh sedikit ketinggalan,Tapi jangan sampai putus harapan.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kilat cermin malim sutan,Bawa ke pekan berjual beli;Masak manggis di dalam hutan,Masaknya ranum, bergantung tinggi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Air dalam benjala patin,Terendam pucuk gelagata;Di dalam zahir adakah batin?Di dalam batin berlindung jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Anak cina menimbang madat,Dari mengkasar langsung ke deli;Hidup di dunia biar beradat,Bahasa tidak berual beli.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Di mana dengar gesek biola?Balik pokok asam kumbang;Bagaimana hati tak gila?Bunga layu balik kembang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sinyur mabuk simpang tiga,Jatuh tersungkur tepi telaga;Matahari mabuk bulan gila,Bintang bertabur puyuh berlaga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sampan pukat sampan serani,Boleh belayar tanah seberang;Tuan umpama bintang nurani,Makin ditintang bertambah terang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sirih kuning pinangnya kelat,Buluh perindu tidak berdahan;Putih kuning marilah dekat,Hati rindu tidak tertahan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sayang perigi bernama telaga,Tempat mandi bidadari;Niatku tidak berdua tiga,Tuan terpaku di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang menangguk ikan sepat,Dapat seekor di sawah padi;Terlepas kiri kanan tak dapat,Tolak tangga berayun kaki.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cencaluk campur gulai bacang,Perbuatan cina gulai melayu;Cabuk mekteng jangan datang,Busuk pekung tak dapat hidu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Bakar damar di tanjung palas,Belah jua akan suginya;Saya benar serta iklas,Allah jua akan saksinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)