Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Pergi ke hulu membeli limau,Dapat dibeli beraga-raga;Dahulu tuan jadi harimau,Belum pernah kena penjara.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Patah puteri naga-naganya,Sentakkan layar ke indiragiri;Hendak mati rasa-rasanya,Air ditelan serasa duri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Pagar sahaya pagar keliling,Pokok kara-kara tiada mulia;Cacing bertapa lautan kering,Bilakah boleh menjadi naga?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Senduduk bunga di hutan,Putih kuning tampak kelihatan;Di mana duduk kenangkan tuan,Letih lesu rasanya badan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Air mengalir di alur-alur,Pokok lilang di tengah padang;Rindu malam dibawa tidur,Rindu siang dibawa bertandang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Burung bangau terbang ke hilir,Singgah di belat berjuntai kaki;Saya umpama lunyau di air,Sebarang tertadung menjadi daki.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Batu sangkar, batu bersurat,Ke sana padang seleguri;Makanan arif kias ibarat,Pantun seloka ulam jauhari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terung perat di dalam dasar,Dasar terletak di hujung dahan;Yaumul-kiamat di padang mahsyar,Adik seorang penyudahan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak rusa di tepi paya,Makan padi berulam rumput;Tiada orang sebagai saya,Makan hati berulam perut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pinjam kapak pinjam beliung,Hendak menebang kawar berduri;Tuan di atas kemuncak payung,Sahaya di bawah menjunjung duli.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Burung pucung terbang melintang,Sudah melintang membujur pula;Hidung dicium membayar hutang,Pipi digigit berhutang pula.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Panjang rambut encik julita,Panjang melilit ibu kaki;Dengarkanlah murai bercerita,Abang di laut tanjung jati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pecah cerek cawan berdengung,Singgah terantuk di kedai kain;Di dalam tilik dengan tenung,Tuan sudah mencari lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sehari-hari mandi di paya,Laksamana pergi mendekut;Kasih tuan tiada bermaya,Sebagai embun di hujung rumput.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Baju batik kain kesumba,Pakaian anak raja cina;Orang cantik saya tak gila,Banyak orang atas dunia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Belah-belum bunyi malam,Bunyi di atas bumbung penghulu;Allah belum menjadikan alam,Saya sudah berjanji dahulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau riak, riam dahulu,Tenang-tenang kuala jambi;Kalau rewak, diam dahulu,Senang-senang kita perjadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Belah tanduk berpecah retak,Hendak buat tangkai timba;Umpama pondok atau teratak,Tempat berdiam di cerang rimba.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sarang helang di atas rambutan,Turun ke bawah menuai padi;Abang berperang dalam lautan,Adik berperang di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Isap rokok tembakau cina,Asapnya ke luar seperti bunga;Sebagai orang kena pesona,Tak tentu arah ia bertanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Itik belibis di lautan cina,Mengirai bulu jantan betina;Cantik majlis bertambah warna,Sebagai jahitan sulaman cina.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Bagaimana tidak ditebang?Pucuknya pauh selasih jambi;Bagaimana tidak dikinang?Dagang jauh kasihkan kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik hassan pergi ke kelang,Berhenti di kebun barang semalam;Sampan golek tak tahan gelombang,Dihempas ombak terkaram.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pelanduk di atas batu,Sedang makan taruk keledek;Adik duduk singkapkan baju,Saya menengok panau di tetek.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tarik beliung menebang kempas,Masuk ke dalam tiga jari;Mencium menukar nafas,Harumnya sampai tujuh hari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bukannya jala saya jalakan,Ikan di bawah setambun tulang;Bukannya daya saya dayakan,Tuan di bawah maalum orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Aceh berperang ke Bangkahulu,Seri Paduka panglimanya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tunggang kuda tana seberang,Sampai di padang lalu berpusing;Pohon tak tentu cabang carang,Dahan tunjang menjadi ranting.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pergi ke kebun memotong jerami,Beri makan kuda benggala;Menitik embun di liang bumi,Tidak kusangka menjadi geliga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tingkah jalan terayap-rayap,Kena pula songkok ketayap;Laksana burung terkelepik sayap,Kerja nak buat menjadi giap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Tanam nyiur di tepi pantai,Terong perat di lorong jalan;Di dunia niat tak sampai,Di akhirat bertanggungan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tengah hati mata berpenar,Kelip-kelau kelihatan merah;Kalau tak mahu bilanglah benar,Jangan menunjuk banyak olah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pinang tua beraga-raga,Pinang muda bertemu hati;Orang tua mengada-ngada,Orang muda apatah lagi?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pulut dijual encik alang,Sayang kedundung di dalam kebun;Saya umpama rumput di padang,Harap menanti airnya embun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau tuan hendak ke jambi,Ambil cik tahir juru batunya;Jikalau tuan hendakan kami,Bakarlah air ambil abunya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sayang pisang tiada berjantung,Bunga ke luar dalam kelopak;Penat sangat ibu mengandung,Kelak ke mana ibu tercampak?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa bergaduh di kampung cina,Orang bercemat di sawah padi;Sungguh jauh tidak ke mana,Semangat berulang datang ke mari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kain putih koyak di tengah,Pakaian anak datuk penghulu;Sedang kasih dapat fitnah,Biar saya berundur dahulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Ada suatu orang Habsyi,Belanda mabuk dua serupa;Cakap jangan tuan habisi,Sehelai rambut tinggalkan juga.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Masuk ke hutan memotong kayu,Hendak pagar jambatan papan;Saya umpama sirih yang layu,Sekat sudi baharu dimakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Berbuah durian daun,Berbuah di hulu sungai;Hendak nikah kepala tahun,Nantikan apa lepas menuai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ikan sepat mudik ke hulu,Lumba-lumba mudik sekawan;Sudahlah niat dari dahulu,Minta perhamba kepada tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mari kita menimba danau,Ditimba dalam perahu;Mari kita bertukar panau,Bertukar kain orang kan tahu,

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Gula batu isi keranjang,Mari taruh dalam kedai;Laksana hantu tak berjinjang,Hanyut merata segenap pantai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik pah pergi ke hulu,Singgah bersunting bunga sena;Saya umpama terumpah kayu,Musim lecah baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun satu,Mati seekor habis sudah;Hendak menuju ke gedung batu,Jual barang harga yang murah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke laut,Carikan saya ketam betina;Kalau tuan menjadi rambut,Saya menjadi bunga cina.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah patah dahan mengkudu,Sementung makanan enggang;Saya menggetah burung lalu,Untung-untung dapat dipigang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Di dalam dinding papan,Di darat dinding upeh;Berkaul beranak jantan,Ke mana disuruh sebarang boleh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Guruh berbunyi sayup-sayup,Orang di bumi semua bimbang;Jikalau ada angin bertiup,Adakah bunga sudi kembang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok nilam di dalam istana,Putik belimbing jentu-berjentu;Kelak malam kita ke sana,Jentik dinding, bukakan pintu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau padi katalah padi,Jangan saya tertampi-tampi;Kalau jadi katalah jadi,Jangan saya ternanti-nanti.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Lumba-lumba di dalam padi,Tanam selasih di tepi pantai;Cuba cari ubat tak mati,Supaya kasih jangan bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang mengail di kuala daik,Dapat seekor ikan yu;Untung saya untung tak baik,Laksana dendang dipuput bayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ruak-ruak kena pelantik,Kena pelantek burung lang;Orang tua hendakkan cantik,Gigi rongak galang-galang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Pulau Pandang jauh ke tengah,Gunung Daik bercabang tiga,Hancur badan dikandung tanah,Budi yang baik dikenang juga.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Buah sentul masak di hutan,Sayang setongkol dicelah dahan;Tuan pukul dengan rotan,Saya nak pukul dengan cakapan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hitam-hitam si tampuk manggis,Kemuning gugur bunganya;Sungguh hitam dipandang manis,Putih kuning apa gunanya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain kesumba baharu dicelup,Celup tak makan sebab tak balas;Hutan rebah jangan disusup,Dijangkit onak tengkuk melelas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Induk ayam si ibu ayam,Istana jauh di pekan;Semua kita bercucu adam,Jangan kita menghinakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)