Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Sindiran

Sudah gaharu,cendana pula;Sudah tahu,bertanya pula.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Ayam denak ekornya pandak,Diberi taji berjela-jela;Sungguh cantik dapatnya tidak,Dalam hati sama menggila.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak cicak lalu semalam,Mati dipancung pendekar tadi;Alangkah gelap sekitar alam,Apa sebab hujan tak jadi?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun sebelas,Mati seekor tinggal sepuluh;Mata siapa tidak kan belas,Melihat kapal beralih labuh?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Selasih di teluk dalam,Datang kapas lubuk tempurung;Saya umpama si burung balam,Mata lepas badan terkurung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tak jadi padi terengganu,Anak balam melambung tinggi;Kalau tak jadi muda cik anu,Wa-llahu alam dagang di sini.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Disumbat-sumbat dipadat-padat,Gelojoh makan babi tak cukup;Kelaku buruk kena jajat,Malu tak boleh tudung serkup.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buat pagar batang rengis,Mari dipakai tumbuk kopinya;Laut terbakar gunung menangis,Hari pagi tampak apinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Terkukur di gulai lemak,Selasih di bawah batang;Sudah lumpur jalannya semak,Sebab kasih beta datang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jalan-jalan sepanjang alam,Singgah-menyinggah dipagar orang;Pura-pura mencari ayam,Ekor mata di anak orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang menembak di pulau hantu,Asapnya ada tabun-menabun;Seumpama bunga dinaung batu,Taruknya kaca tangkainya embun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kayuh perahu jangan diuit,Baik kabir haluan ke tepi;Kena seorang jangan dirawit,Aniaya tekena tak apa jadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaPerpaduan

Di atas kota pokok jati,Sayang jati tiada berbunga;Tuan seorang mahkota hati,Hidup mati kita bersama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah bercabang, bercandik pula,Buah mempelam di dalam padi;Sudah abang, adik pula,Asal berkenan di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mari panggang ikan bawal,Makan bercicah dengan cukanya;Sedang kembang tuan tak jual,Sudah layu apa gunanya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Laksamana tukang tutuhnya,Sandar-menyandar di batang pinang;Bagaimana akan membunuhnya?Tembak dengan peluru pertunang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak cina mudik ke linggi,Patah kemudi tiada sampai;Tuan laksana pohon yang tinggi,Semut di bumi bila tercapai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana bermain raga,Mengerat senyum sekati harga;Kau laksana bunga cempaka,Makin dipandang bertambah dahaga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Manis sungguh tebu seberang,Dari akar sampai ke pucuk;Manis sungguh mulut orang,Kena tipu dalam pujuk.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Encik kacung orang di pekan,Sunting bunga beribu-ribu;Beri racun saya nak makan,Tidak kuasa menanggung rindu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Pinggan tak retak,nasi tak dingin;Engkau tak hendak,aku tak ingin.

Wikisource (CC BY-SA)
Ilmu & Belajar

Bulunya jatuh ke petani,Dua puluh anak merpati;Tiada sama mudaku ini,Sungguh pandai memujuk hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asal ada sama ke padi,Pergi ke pantai berjual kapas;Asal ada sama di hati,Gajah terantai boleh dilepas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Jalan-jalan ke pasar baru,Jangan lupa beli sagu,Janganlah engkau melawan ibu,Kerana syurga ada di telapak kaki ibu.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Menora ke selayang,Apalah tuai digadaikan?Bodoh si ponggok cerdik si helang,Mengapa murai hendak dikinakan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak beruk memakan siput,Disambar oleh buaya katak;Laksana sabut di tengah laut,Tenggelam timbul di lambung ombak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rotan sega dikerat-kerat,Hendak ikat pagar berjala;Periok tembaga bersenam karat,Kalau dikalai baharu semula.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sekoci pengarak perang,Sekonar kepala perang;Bintang timur pengarak siang,Kapurkan sirih, abang nak pulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitNasihat

Orang Daik bermain judi,Awan di mega jadi tudungnya;Memang tak baik orang pendengki,Akhir sendiri juga menanggungnya.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kayu ara tumbang melintang,Mari potong dengan gergaji;Jikalau tidak aral menghalang,Kuulang juga sekali lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ambil kapak memotong rakit,Rakit datang dari hulu;Langsung kenyang terbelahak terbit,Sebab sengkak tersedu-sedu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana pergi memikat,Dapat seekor burung cok tanah;Tuan laksana sampan pukat,Mana boleh belayar ke tengah?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Kalau tuan pergi ke deli,Bawa gula satu tempayan;Kalau pandai membawa diri,Di mana jatuh orang kasihan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asah gigi delima merekah,Kilat cahaya bagai ditatah;Kepala dogol kena belah,Kain direndam lupa sesah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Yu putih si lumba-lumba,Lalu berenang ke Tanjung Jati;Anak sungai kalau kutuba,Lotong siamang jatuh mati.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Di mana kuang bertelur?Di atas lata di ruang batu;Di mana abang nak tidur?Di atas dada di ruang susu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berdiri di balik tilam,Emak berdiri di balik tabir;Saya berjanji sama islam,Engkau berjanji sama si kafir.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rotan dahan batang cemperai,Dibelah tak mahu sipi;Tiga tahun abang bercerai,Malam tadi masuk mimpi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ruki-ruki tanah betawi,Pinang muda dibelah dua;Fikir-fikir dalam hati,Bantal satu kepala dua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kutip-kutip pucuk janggus,Mari kutip atas batas;Encik laksana telur kemungkus,Kalau diram tidak menetas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan mandi di sungai,Singgah menebang kayu giam;Saya bernama si anai-anai,Di pasu buruk tempat berdiam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tebang kayu nak buat huma,Sudah dibakar baharu memerun;Kumbang melayu tiada berguna,Hilang seri bunga di kebun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Api-api gandarusa,Selasih tumbuh di kampung bali;Ayohai hati janganlah bercinta,Ada untung balik ke mari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Damar batu damar kelulut,Belah kundur tengok bijinya;Tanda percaya kata mulut,Belah perut tengok hatinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rumah gedang berkepuk-kepung,Nampak pula tiang tajuknya;Bukannya mudah cakap terlangsung,Siang malam kena mabuknya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bulan terang menikam babi,Tertikam ke anak rimau;Orang seberang turun mandi,Pinjam tangan meramas limau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Lada saya lada berbuah,Tanaman anak sungai baharu;Janda saya janda bertuah,Sedang sayang bertambah baharu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari telok pergi pengkalan,Bermain di bawah pohon kepayang;Saya umpama habuk di badan,Dipukul angin terbang melayang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Candu celaka jangan ditubi,Tulang rusuk bagai seligi;Sahabat renggang saudara benci,Datang ketagih hendak mencuri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Akan berulam pucuk medang,Ulam mari pagi hari;Kalau tiada buaya gedang,Hampir pengkalan saya mandi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang seluk dalam sungai,Dapat seekor anak kerapu;Kaki cabuk untut punai,Tiada boleh pakai sepatu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
AgamaAdat & Bangsa

Anak raja mendaki bukit,Patah galah dalam perahu;Pegang tangan jeling sedikit,Hati di dalam allah yang tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tuan ketam padi pulut,Saya ketam padi jawi;Tuan berkata sedap di mulut,Saya mendengar sakit hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung mak buah,Keduduk tidak berbunga lagi;Sudah dapat gading bertuah,Tanduk tidak berguna lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Burung serindit terbang melayang,Mari hinggap di ranting mati;Bukan ringgit pandangan orang,Budi bahasa tangkaian hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak upih merancung upih,Anak cina mengubat luka;Saya laksana kain putih,Sebarang diwarna boleh belaka.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Minyak ketiau tumpah di lantai,Buah empelam saya longgokkan;Di tanah riau baju dipakai,Di tanah jambi baju diburukkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Cincin empat hilangnya lima,Hilang sebentuk pulau taji;Hilang sahabat lagikan gila,Kononlah pula kasih tak jadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Akar manau kait berkait,Manik sambau saya tumpahkan;Di periaman baju dijahit,Di minangkabau baju disudahkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ikan menghempas di atas dayung,Sisiknya jatuh ke atas kemudi;Tuan di atas kemuncak payung,Sahaya di bawah menjunjung duli.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)