Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Kasih & Cinta

Permata jatuh di dalam rumput,Jatuh di rumput gilang-gemilang;Kasih umpama embun di rumput,Datang matahari nescaya hilang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pecah pekapur cik maalim,Pecah ditimpa tudung kudai;Astaghafirullah al-azim,Yang disumpul sudah terungkai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke bendang,Baju merah baharu dijahit;Tuan laksana timun dendang,Di luar merah di dalam pahit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kutip-kutip pucuk beluntas,Mari taruh atas para;Terbit tunas jangan gentas,Pohonnya kelak beroleh cedera.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tanglung tergantung di Tanjung Jati,Sayang tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Sianggit paku lembayung,Gelenggang ada dibawa budak;Menangis merengkuh dayung,Hendak pulang beremas tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Begini baju begitu baju,Baju saya panjang lima;Begini malu begitu malu,Apa yang tiba saya terima.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Bulunya lagi jatuh ke Patani,dua puluh anak merpati,Tiada sama mudaku ini,sungguh pandai membujuk hati.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Hari ribut pasang pelita,Sapu tangan membungkus bunga;Abang hidup jangan pelupa,Lucut di tangan kan orang punya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rumah gedang pecah delapan,Belum sudah, tukangnya mati;Kiri tedung, kanan lipan,Di mana tempat berserah mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terbang sekawan burung belibis,Singgah di hutan mandi di paya;Tuan berbanding di dalam majlis,Cantik manis di mata saya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Ke hulu membeli arang,Gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Menimba mengilir-ngilir,Timba ikan dalam perahu;Jangan saya disindir-sindir,Saya budak belum tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berderet-deret berdudun-dudun,Kacau bilau tiada terbilang;Api makan, asap berkelun,Kusang mentong usang barang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisang emas pisang loyang,Dihantar ke lubang aur;Sarang emas sarang loyang,Mana boleh campur-baur?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cacak pancang di tengah harus,Hanyut ke beting atas pasirnya;Tuan laksana benda yang halus,Sudah ditinting lahir warnanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga angsena bunga andani,Kembang bunga di dalam hutan;Abang di sana adik di sini,Baigailah burung bersahut-sahutan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Tebu dimakan, buku ditaruh,Makanan anak muda bangsawan;Bukit berlaga, gunung bertaruh,Ramai bertepuk mambang di awan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Penatlah saya menanam padi,Sayang keladi di pengat juga;Penatlah saya menahan hati,Di dalam hati terkenang juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah bemban di padang temu,Laksamana berjual lada;Hati dendam tidak bertemu,Rasa belah di dalam dada.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Bunga melur cempaka biru,Bunga rampai di dalam puan.Tujuh malam, saya merindu,Belum sampai padamu tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Dari Gangsa pergi ke Kubung,Singgah ke Tualang merentang tali;Putus benang boleh disambung,Patah arang putus sekali.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tampak api di tanjung tuan,Kuala linggi bakaunya rendah;Harap hati kepadamu tuan,Langit yang tinggi dipandang rendah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Ya-illahi tuhanku rabbi,Lepaskan kuda dari tambangan;Jika tuan hati berani,Jangan diadu berpandangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asal kapas menjadi benang,Asal benang menjadi kain;Yang lepas jangan dikenang,Sudah menjadi orang lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pelanduk di atas batu,Sedang makan putik sengkuang;Duduk-duduk singkapkan baju,Hendak menengok panau berturang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok kayu diikat hang,Hendak tembak babi berantai;Tembak rusa kijang tercengang,Kena napuh mati terkulai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Pertama orang yang berbangsa,Keduanya ada ribu dan laksa,Ketiga menjelas dan manis muka,Keempat ada budi dan bahasa.

Wikisource (CC BY-SA)
Berkait

Siap kalau ada rasa orang mau berbagi,Bunga memang dikau itu pelipur lara,Mampus beta punya hati dikoyak sepi,Teguk sempitnya hari beta kawan derita.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Hilir berderap mudik berderap,Patah galah di dalam perahu;Sungguh laksana bunga dedap,Cantik merah tidak berbau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sekuntum bunga warnanya kembang,Turun di taman baharu dipetik,Sungguh bercahaya sekalian bintang,Adakah sama bintang pelantik?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Belalang kodek-kodek,Mari kodek atas papan;Kalau bertemu sama molek,Gelak ingka baharulah padan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang menjala di dalam teluk,Dapat seekor anak ikan;Gagah tuan janganlah ditunjuk,Tuan tak pernah masuk ke medan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Selasih di bawah rumah,Ditunda dengan pisau raut;Hati kasih berasa punah,Bagai air cucur ke laut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mengail yu dapat setoka,Mari digulai rampai-rampai;Teras gaharu sudah puaka,Sukat dipuja baharu dipakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah jering di atas para,Diambil budak sambil berlari;Hingga kering lautan melaka,Baharulah saya mungkir janji.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Hari-hari masuk ke hutan,Potong rumput di tepi perigi;Asyek pungguk kepada bulan,Bulan dikawal si rajawali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hendak hilir ke bandar ikan,Singgah berhenti ke bandar selimin;Terjamahlah adik yang bukan-bukan,Orang banyak bertadah amin.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Buah langsat kuning mencelah,senduduk tidak berbunga lagi;Sudah dapat gading bertuah,tanduk tidak berguna lagi.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Bertanak segantang mentah,Buat bekal pergi ke rimba;Pinjami saya tabung getah,Penggetah burung baharu tiba.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Padang terkukur padang jarak,Temuncut rumput panjang pandak;Jahat bertabur suku duit tidak,Sebab menumpuk sial pelak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak dara dua sepasang,Pakai baju, pakai kerongsang;Sebiji nenas, sebiji pisang,Belum tahu rezeki musang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Batil perak batil suasa,Batil di acih saya hempaskan;Hujan turun bagai senjata,Kekasih tidak saya lepaskan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tidak disangka menimbul batang,Batang pauh batang tenggelam;Tidak disangka tuan kan datang,Tempat jauh bulanpun kelam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Punai jantan terbang sekawan,Sangka tidak kembali lagi;Tuan seumpama kain kapan,Hancur tidak berganti lagi.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Ilmu & Belajar

Saya tidak pandai menari,Sebarang tari saya tarikan;Saya tidak pandai menyanyi,Sebarang nyanyi saya nyanyikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ya Galuh Raden dipinang,Tempat raja dari Patani;Tuan sepantun si pohon pisang,Kawannya banyak kanan dan kiri.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tetak buluh membuat panah,Hendak panah kuda berlari;Saya umpama burung cok tanah,Tidak boleh terbang tinggi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
JenakaPelbagai

Jin besar turun bertapa,Makan sehari segantang padi;Anak sungai kalau ku-tuba,Lotong siamang jatuh mati.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Anak pipit anak enggang,Makan umbut mensiang-siang;Bangun adik wahai sayang,Hari sudah berderang siang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Terbang di laut di hujung karang,burung nasur terbang ke Padang,Dari dahulu sampai sekarang,banyak muda sudah kupandang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Pergi ke padang menyuluh semut,Jatuh andang lintang pukang;Tidur telentang tarik selimut,Baharu tahu diri seorang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Baik langkah, sauh dibungkar,Dayung terkipas, meriam terbakar;Kalau peluru tidak bertukar,Kasihpun tentu tidak sebentar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke laut menabur bijan,Ke darat menabur padi;Hajat hati mengambil intan,Intan di dalam peti besi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Perpaduan

Tiup api embun berbalik,Akan pembakar pisang udang;Bantulah adik tolonglah adik,Untuk menarik larangan orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kayuh perahu berdayung pulang,Singgah memetik bunga dedap;Tuan tak mahu berkasih panjang,Di dalam hati tiada kan tetap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak gagak atas bentongan,Jatuh berdiri daun capa;Sudah teragak peruntungan,Jatuh berderai si air mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau adik tahu ibarat,Apa maana kasih sayang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lagi lebai, lagi berjanggut,Naik ke balai terhinggut-hinggut;Sahaja pak lebai buta perut,Haram halal bubuh di mulut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Padi merbuk padi di acih,Masak mari dengan pati santan;Biarlah buruk hatinya kasih,Orang cantik tak boleh dimakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)