Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Apa guna kepuk di ladang,Kalau tidak berisi padi?Apa guna berambut panjang,Kalau tidak berani mati?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Parang bemban sebelah seberang,Pohon dihila tidak keruan;Bulan purnama nyatalah benderang,Sayangnya lagi disaput awan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Siakap senohong,gelama ikan duri;Bercakap bohong,lama-lama mencuri.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Cincang-cincang kulit di batang,Sayang neraca bertampuk manggis;Petang-petang surat datang,Belum baca tunduk menangis.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Berdiri balik si anak itik,Hendak mandi jambatan raja;Air liur bagai menitik,Mana dapat dipandang sahaja?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menitis pematung buluh,Sudah menutuh sarang tempua;Huraikan rambut panjang labuh,Satu kafan kita berdua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sayang kangkong dimakan tikus,Tikus mondok bulu bertebar;Tuan umpama tepung yang halus,Putih laksana kapas di busar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ayam denak terbang ke bumi,Sayang sedikit cebis bulunya;Pohon gaharu kayunya wangi,Ditiup angin timbul baunya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hilir rakit kuala bernam,Sudah sampai petang hari;Matahari sakit, bulan demam,Bintang sudah membawa diri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Masak buah telatai,Masak dua tiga biji;Buah terletak jangan di capai,Buah bersawar dengan duri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sirih kuning ganggang genjur,Mari taruh dalam cerana;Putih kuning marilah tidur,Nak dipanggil tak tahu nama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Tampak jauh dari seberang,Tegak berdiri bagai raksasa,Khidmat bakti disanjung orang,Orang berbudi kita berbahasa.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Anak enggang di kayu tinggi,Patah ranting terbanglah ia;Anak dagang tak lama di sini,Sampai musim pulanglah dia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke bendang,Jangan petik buah rumbia;Tuan laksana bulan yang terang,Cahaya liput serata dunia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Indiragiri pasir yang lumat,Kerang bercampur dengan lokan;Bagaimana nabi kasihkan umat,Begitu saya kasihkan tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Taesah mandi di pekan,Cebok dengan tapak kuda;Jangan saya dibegitukan,Saya dah tahu hujung kata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Panau berdebu laksana kurap,Makin kikis, semakin larap;Orang bidaah tak boleh harap,Bising ingar tak tekerlap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cacing-cacing kepala liat,Air pasang, tenang dahulu;Sudah terpandang subang berkilat,Belum makan, kenyang dahulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Sudah masak langsat di lorong,Masak setengah tiga tangkai;Jangan pembongkak, jangan pembohong,Mana nak cari emping bertangkai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Kapal perang kapal berakit,Hendak belayar ke negeri cina;Seekor lang seekor pipit,Hendak terbang bila kan sama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Padi ini padi melaka,Belum direndang berteh dahulu;Hati abang hati celaka,Belum dipandang kasih dahlulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kayu teras di atas bukit,Tebang tumbang dibatas tinggi;Buku keras jangan digigit,Patah gigi melupas gusi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jika tidak kapal di gedung,Anak semut mati terasak;Jika tidak nafas di hidung,Nafas di mulut membuang sesak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang mati kena gelek,Sudah petang baharu dikapan;Sungguh kecil sampan kolek,Muatan tak sangka dengan badan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Baik bertebu baik tidak,Asalkan ditanam selaranya;Baik bertemu baik tidak,Asalkan didengar suaranya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak lang di kayu jati,Turun ke pantai menyambar ikan;Kalau tidak karena mati,Dibelah dada sahaya tunjukkan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Teluk tujuh pantai sembilan,Tempat cari siput lokan;Hancur luluh serata badan,Tiada lupa kepada tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Temenggung berjalan pagi,Singgah mandi berkain basah;Sungguh burung terbang tinggi,Hidup di ranting mati di getah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Orang berpadi di tanah liat,Di Mekah banyak buah pedada,Mayat tiada dapat dilihat,Seperti merekah rasanya dada.

Wikisource (CC BY-SA)
Perpaduan

Kapal perang angkat teringkit,Singgah berlabuh kuala berma;Tuan lang, saya pipit,Adakah boleh terbang bersama?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Buah pauh buah bacang,Bunga pinang di dalam puan;Angkat sauh, lipatlah kajang,Pulau pinang tinggallah tuan,

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ahmad membelah rotan,Mari belah dengan sembilu;Belum kena sengat lipan,Kalau terkena, baharu tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jelutung kayu di rimba,Mati ditimpa kayu kelat;Sudah untung kita berdua,Bagai ikan di dalam belat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Belah durian berpangsa-pangsa,Belah sepangsa isi merah;Jangan tuan memilih bangsa,Darah juga sama merah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang sasau membuat kerja,Hendak menakuk kepala bendul;Asah pisau tiada berbaja,Makin dikilir bertambah tumpul.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tanam selasih di tanjung jati,Batu hijau di atas jambatan;Bercerai kasih baiklah mati,Bercerai hidup berpandangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pecah pekapur cik maalim,Pecah ditimpa panah petang;Astaghafirullah al-azim,Pucuk dicita, ulam mendatang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi-tinggi pohon delima,Ketiga cabang keempat candik;Saya pergi tiadalah lama,Ketiga bulan keempat balik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau raut ulu bertatah,Akan peraut bingkai tudung;Ikan di laut sudahlah latah,Menengok umpan di atas gunung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Centayu burung centayu,Terbang ke laut hinggap di batu;Cemperling nak jadi bayu,Kekura pandai nak panjat kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jin brahil mukanya biru,Turun ke dunia hendak mengharu;Tuan laksana sebuku gaharu,Sekat dibakar baharu berbau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dua kali ke pulau pinang,Putus tali rantai tembaga;Dua kali abang terkenang,Putus hati tampar dada.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Berangan besar di dalam padi,Rumpun buluh dibuat pagar.Jangan sak di dalam hati,Maklum pantun saya belajar.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Anjing menyalak di tepi kota,Hendak diadang rusa sekawan;Kalau sampai niatnya kita,Kubayar kaul puasa sebulan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Hempaskan mentimun dendang,Kerantung beri bertali;Lepaskan dagang nak pulang,Kalau untung ia kembali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ikat pagar di atas tanah,Tempat kuda memacu kuda;Orang luar bawa fitnah,Kasih menjadi porak-peranda.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau raut beruas emas,Candung berulu sendirinya;Di dalam laut janganlah cemas,Ombak berpalu dengan sendirinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kunyah-kunyah pepak pinang,Air sirih meleleh ke dagu;Orang tua nyanyuk hendak bertunang,Disurak orang tidak bermalu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau wali buat peraut,Camca jatuh patah berdengung;Gila latah ikan di laut,Melihat umpan di atas gunung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Ambil pena tuliskan surat,Mari ditulis di atas batu;Dari dunia sampai akhirat,Badan dua menjadi satu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mentadak mentadu hijau,Bersarang di atas manggis;Adik berbaju hijau,Rambut terhurai dipandang manis.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Angkup janggut satu-satu,Jikalau kuat pedeh rasa;Hendak serkup tenguk dahulu,Jangan terkena ular yang bisa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mengkudu di hujung tanah,Dibuat ampaian kain;Nak berkubur kurang tanah,Nak sekafan kurang kain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Pasang getah di atas atap,Dipasang empat penjuru;Tidak dapat burung ditangkap,Saya hanyut petua guru.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ke piapung ke pulau arang,Di padang serempu jua;Sayang di kampung dilarang orang,Sayang di padang bertemu jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Dua tiga kucing berlari,Manakan sama si kucing belang;Dua tiga boleh kucari,Manakan sama adik seorang.

Pantun Melayu tradisional
Kasih & Cinta

Pucuk pauh delima batu,Anak sembilang di tapak tangan;Tuan jauh di negeri satu,Hilang di mata di hati jangan.

Pantun Melayu tradisional
NasihatPerpaduan

Kalau ada jarum patah,Jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,Jangan disimpan di dalam hati.

Pantun Melayu tradisional
Budi & JasaAdat & Bangsa

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga;Yang baik itu budi,Yang indah itu bahasa.

Pantun Melayu tradisional
Jenaka

Orang Sasak pergi ke Bali,Membawa pelita semuanya;Berbisik pekak dengan tuli,Tertawa si buta melihatnya.

Pantun Melayu tradisional