Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Budi & JasaIlmu & Belajar

Terbang kumbang jantan betina,Sering di bunga kuntum dipangkal;Berapa banyak ilmu pesona,Busuk budi nanti tertinggal.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tutuh lanjut tutuhlah binjai,Capai sekali dengan buahnya;Main adik main berjujai,Apa pula akan sudahnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang ligur menembak bangau,Kena sepasang jantan betina;Saya umpama cekur jerangau,Senak kembung baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Encik husain melayur daun,Jatuh ke laut disambar todak;Sembilan musim tujuh tahun,Air tawar kena, masin tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitPelbagai

Mencari landak sekawan lima,Dimakan cendawan di pohon uni;Patik nan hendak bertanya nama,Siapa pula tuanku ini?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Pokok terung di kebun bunga,Petik bunga sambil berlari;Jung lalu pulau bertanya,Ombak juga menghempas diri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau ada duit sekupang,Boleh beli cuka menaun;Habis padi burung terbang,Ulat tidak kenangkan daun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok beringin di tepi huma,Pucuk melampai hala ke belukar;Hati ingin melihat bunga,Bunga di lengkung ular yang besar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau buluh, saya gantungkan,Menyukat timbang lada muda;Kalau boleh saya pantangkan,Jung satu nakhoda dua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Serahi dua tergantung,Ada satu berisi minyak;Matahari sudah saya gantung,Beri bertali bintang yang banyak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Jikalau tidak salah suatu,Jangan kau ambil perempuan begitu,Sahabat pun tidak mahu ke situ,Duduklah engkau seperti hantu.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Segan saya beranak tiri,Bendul bertebuk papan bertarah;Segan saya beranak tiri,Pukul sedikit emaknya marah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mari panah burung terbang,Dapat seekor, bulunya lebat;Biar pecah habis berlubang,Kucari tukang, kusuruh kelpat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ada suatu anak hindu,Pakai kain rambu-berambu;Mercun buluh, senapang bambu,Kepada saya jangan dituju.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang jawa pulang ke jawa,Pisang abu dalam kebun;Saya umpama burung tempua,Di pohon buluh tempat berayun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitKasih & Cinta

Rajawali raja perman,Singgah memanah burung kedidi;Tinggallah balai, tinggallah laman,Tinggal pangkalan tempat kumandi.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Agama

Hiris dahan tepi surau,Tempat sembahyang datuk penghulu;Tujuh musim timpa kemarau,Baik ditolong hujan di hulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Banyak orang mengetam pulut,Saya seorang mengetam padi;Banyak orang karam di laut,Saya seorang karam di hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Sirih sekapur lenggang cik kobat,Mari makan raja ali;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terpaku di jantung hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang bentan pergi ke lingga,Singgah membeli ubi kemili;Tuan intan lagi geliga,Susah dibanding payah dicari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Telur cicak di atas pintu,Pintu berdegar di bawah rumah;Ayohai dik bukakan pintu,Abang lama di bawah rumah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah bacang setangkai lebat,Lebat bunga gugur putiknya;Saya laksana ikan di belat,Habis gugur dengan sisiknya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Akar tunjang pagar selasih,Balung kulit berisi serai;Alangkah sakit menanggung kasih!Tiada kulit, tulang bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pucuk sawi sawi muda,Minyak ketiau tumpah di lantai;Di betawi baju di kesumba,Tanah riau baju dipakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun tujuh,Mati seekor tinggal enam;Anak kelasi habis gaduh,Kapal di laut habis jahanam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Apa benar akan keladinya,Maka ditanam dalam-dalam?Apa benar akan budinya,Maka dikinang siang-malam?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang perempuan hendak bersegak,Lalu diasah kulit awak;Jerawat penuh muka berkerak,Tak bagi nampak lumur bedak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Hari hujan bertudung pinggan,Pinggan berisi hujung melukut;Sayang tuan berenggan-enggan,Laksana embun di hujung rumput.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putus tali melambung wau,Wau di lambung seberang paya;Putus hati pandang ke pulau,Pulau tidak menanggung saya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Budak nakal kena tokak,Anjing kelabu mata pasak;Tangan kedal kaki sopak,Orang memandang jemu-jelak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Serindit terbang ke deli,Encik ahmad mengail ampai;Tuan laksana langit yang tinggi,Saya di bumi bila tercapai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sebelah mana pohon senuju?Balik pokok batang setawar;Bintang di langit kena tuju,Matahari turun minta penawar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Apa guna berkain batik,kalau tidak dengan sucinya;Apa guna beristeri cantik,kalau tidak dengan budinya.

Wikisource (CC BY-SA)
Nasihat

Pisang emas bawa belayar,masak sebiji di atas peti;Hutang emas dapat dibayar,hutang budi dibawa mati.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Panas terik bulan puasa,Hendak menjemur buah berangan;Tikar emas bantal suasa,Mana sama berbantal lengan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
NasihatPembuka Majlis

Tingkap papan kayu bersegi,sampan sakat di Pulau Angsa;Indah tampan kerana budi,tinggi bangsa kerana bahasa.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kalau ada jarum patah,Jangan simpan di dalam peti;Kalau ada salah sepatah,Jangan dibawa masuk ke hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sampan kotak perahu cina,Mana boleh berisi padi?Emaknya batak, ayahnya cina,Mana boleh lawan berjanji?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Saya tak hendak berlesung pauh,Lesung pauh membuang padi;Saya tak hendak bersahabat jauh,Sahabat jauh merisau hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pakai kain compang-camping,Berlembat nampak untang-unting;Teritip sudah menjadi beting,Buntal kembung mati terkering.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berderap-derap hujan pagi,Kembang tempurung buat bekas;Minta getah sembilan lidi,Menggetah burung sudah terlepas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berdentum bedil berbunyi,Asap naik tabun-menabun;Berapakah lama saya di sini,Seperti kaca bertangkai embun?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pergi ke darat tahan tekukur,Dapat seekor dalam hutan;Saya umpama sebuah ketur,Menahan ludah orang sekalian.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Burung merpati terbang seribu,Hinggap seekor di tengah laman;Hendak mati di hujung kuku,Hendak berkubur di tapak tangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Merpati terbang melambung,Jatuh tersepit pagar mengkuang;Adikku nyawa orang beruntung,Jatuh di mana tidak terbuang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terbang kumbang masuk ke taman,Pandang bunga berkembangan;Tuan menjadi batu timbangan,Bilakan boleh lepas di tangan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Layang-layang terbang melayang,Jatuh ke laut disambar jerung;Siapa kata saya tak sayang?Kalau bunga rasa nak kendung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Padi pulut padi di kelang,Pucik menyulai ke selama;Jangan digelusuk gelusang,Biar berjujai lama-lama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitSindiran

Hendak makan tidak berikan,Helang bersarang di pohon uni;Sanak bukan, saudara bukan,Mengapa gerangan datang ke sini?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Pada dicacah dengan kuku,Biar terletak atas dulang;Pada dihantar hingga ke pintu,Biarlah abang jalan seorang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah sauh dalam keranjang,Dibawa budak dari petani;Sungguh jauh tali panjang,Punca ada di tangan kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari bukit turun ke kampung,Orang memintal tali sabut;Pipit hendak menelan jagung,Telan tak lepas mati tesangkut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok ribut jabu-berjabu,Jatuh di badan habis berdebu;Cakapan kias bagai sembilu,Pedihnya hati sampai hempedu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Encik lotah di sungai dedap,Bunyi dayung derap-berderap;Tiada getah dengan terap,Burung terbang jangan diharap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Fikir-memikir sama lawak,Jangan dibawa ke tanjung jati;Sindir-menyindir sesama awak,Jangan dibawa masuk ke hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pokok buluh tinggi berbatang,Sayang penyengat dua serupa;Di dalam tidur mimpi pun datang,Semangat di badan datang berjumpa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Candu dibungkus kain palas,Makan dia mata bilas;Mandi segan kerja malas,Harta orang hendak digalas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari gersik ke surabaya,Singgah memetik kuntum delima;Sudah nasib, apakan daya?Sudah berputik balik berbunga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari ini hari selasa,Makan nasi berkuah laksa;Jangan tuan tunjuk tamasya,Masam pedas sudah kurasa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa takut melawan hantu?Hantu ada di balik tiang;Apa takut melawan madu?Sama-sama keris di pinggang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)