Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Kalau kita hendak bertebu,Tanamlah tebu lonjong;Kalau kita hendak bertemu,Buleh nanti di hujung tanjong.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pagi-pagi awan berlari,Bintang sebiji membelah bukit;Kalau dapat gambar di hati,Dunia dipandang tinggal sedikit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hilir labuh mudik labuh,Akan jinjing sarang tempua;Huraikan rambut panjang labuh,Akan payung kita berdua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bertanak segantang mentah,Kenidi kayu apinya;Sudah hilang jarum patah,Canai halus akan gantinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rumah besar berkisi-kisi,Belanda mabuk dua tiga;Cakap jangan dihabisi,Besar rambut ditinggal juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Belayar masuk kuala kedah,Patah tiang timpa kemudi;Sekuntum bunga terlalu indah,Sekalian kumbang asyik berahi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Kalau adik pandai menorang,Cobalah torang pinang di parit;Kalau adik pandai membilang,Cobalah bilang bintang di langit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Goyang loceng hari petang,Angkat makan dalam istana;Saya laksana lempeng terbuang,Orang yang sesat baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bacang masak empelam manis,Makanan anak bidadari;Bintang teresak, bulan menangis,Hendak bertemu si matahari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ayu menembak beruk,Mati seekor di celah dahan;Saya umpama kayu buruk,Buruk di panas reput di hujan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berkokok ayam di banting,Bersahut ayam di kuala;Sirih ditebuk dengan gunting,Pinang dibelah dengan suara.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Makan sirih makan tembakau,Urat kapis di tengah jalan;Kasih laksana main pakau,Pandai melapis daun sembilan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari teluk menyeberang ke pulau,Burung terkukur terbang ke pantai;Laksana kodok ditimpa kemarau,Riuh berketur hujan tak sampai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Mesjid di lubuk lawang,Ukiran papan si malim muda;Palang payah mencari sayang,Rasa gugur iman di dada.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulau katak penudung pangkur,Pangkur penudung pulau sembilan;Bagai dilitak, bagai diatur,Bagai cincin permata silan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kepaya di darat rumah,Uratnya bertindih-tindih;Orang kaya duduk di rumah,Datang orang tak menyirih.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Pisau raut jatuh ke tanah;Kalau ya kasihkan kami,Empangkan laut sebingkah tanah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ali turun ke paya,Sampai di paya menebar jala;Letih lesu tiada berdaya,Seperti disumpah betara kala.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Terus tersenyum bunga tiada malu,Karna memang di dunia itu tugasnya,Kotor hati jadi langsung mengguru,Beta jadi bingung mau jalan kemana.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Tiba di kuala pecah perahunya,Jurumudi menyorong sampan;Sampai di kepala pecah baunya,Tujuh hari saya tak makan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Cendawan di atas pintu;Kalau ya kasihkan kami,Guntingkan awan sehelai baju.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dua tiga cincin di jari,Yang sebentuk bercahaya terang;Dua tiga dapat dicari,Tidak sama bagai yang hilang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Petang-petang turunlah ribut,Habis gugur buah janggus;Saya laksana pancang di laut,Surut pasang digoncang harus.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Antara padi dengan sementung,Di situlah sorek ditukarkan;Antara hati dengan jantung,Di situ adik abang tinggalkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Makan tebu di luar serambi,Anak tekukur atas bumbungan;Sehari bertemu, sehari mati,Seribu syukur atas junjungan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaAdat & Bangsa

Terdorong gajah di acih,Terpijak sempana raja;Sudah terdorong hati yang kasih,Bumi dipijak diguncang gempa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Nasi basi atas para,Para dibuat para baharu;Putus kasih badan sengsara,Hidup segan, mati tak mahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Merpati beranak tunggal,Telur ayam di dalam peti;Tuanlah kasih penyudah kekal,Pada yang lain haram di hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Petang-petang pergi ke rimba,Menengok pelanduk menarah papan;Macam mana hati tak hiba?Nasi tersenduk tidak termakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Pisang raya masak seraya,Pisang raja masak di hujung;Orang kaya sama kaya,Orang miskin membawa untung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisang embun masak merekah,Dituris dengan pisau raut;Kalau abang pergi ke mekah,Dua kali menyeberang laut.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berapa tinggi pucuk pisang,Tinggi lagi asap api;Berapa tinggi gunung ledang,Tinggi lagi harap hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Anak itik si maalim lembut,Seekor belajar makan nasi;Embun setitik menjadi laut,Akan penghapus gunung langsi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rimau telap di bukit pinang,Langsong ke rambai tempat berulang;Tengah tidur rasa terkenang,Bagai di lambai rasa nak pulang .

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Masak sebuah merekah-rekah;Kalau ya kasihkan kami,Carikan harimau buat persembah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Gajah putih jijaknya jopang,Hendak berkubang paya keladi;Wahai kekasih adinda abang,Cinta tidak ke mana lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Buah padi selasih dulang,Tumpang saya ke jawa sahaja;Buah hati kekasih orang,Tumpang saya tertawa sahaja.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dipuput bayu sering-seram,Rasa badan bagai nak demam;Emas yang baik kalau diupam,Mana boleh menjadi senam?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Lama sudah gopong dirajut,Angkut dijunjung sampai sepuluh;Saya umpama apung berhanyut,Untung tersangkut di hujung buluh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Peluru petunang peluru berjampi,Tembak tak boleh mungkir lagi;Petua guru kalau dipilajari,Peluru mengharung mencari sendiri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Tanam padi tebing perigi;Kalau ya kasihan kami,Tangkap kuman beri bertali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Malam ini malam jumaat,Ikan panggang minta gulaikan;Bakarlah suluh panggil semangat,Sambil merayu minta ceraikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kelekati bermata riang,Akan mengacit si tawang-tawang;Nak mati berbulan terang,Nak berkubur di awang-awang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Penutup MajlisNasihat

Kalau ada jarum yang patah,jangan disimpan di dalam peti;Kalau ada silap dan salah,jangan disimpan di dalam hati.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kalau tuan pergi palembang,Langsung masuk ke dalam kota;Tuan jangan berhati bimbang,Adinda tiada berudah kata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari pagi ayam berkokok,Berkokok berselang satu-satu;Kurang besi baja ditokok,Asal boleh diasah batu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Air pasang menyelam tiram,Tiram di selam pasang perbani;Jikalau diturut hati yang geram,Hilanglah takut timbul berani.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Bertelur apa engkau senangin,Bertelur lalu sepanjang pantai;Turunlah apa si raja angin,Minta hantar si panjang lampai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun empat,Mati seekor tinggal tiga;Mana yang renggang habis rapat,Kelasi-kelasi baharu suka.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Si kerakap tumbuh di batu;Kalau ya kasihkan kami,Guntingkan asap sehelai baju.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menumbuk di lesung batu,Dapat beras beruni-guni;Si pungguk diam dahulu,Terang bulan boleh berbunyi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sakit kaki ditikam siput,Siput datang dari seberang;Sakit hati rasa nak ikut,Apa daya di tangan orang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Unggas bukan, centayu bukan,Kiranya daun selara tebu;Acih bukan, melayu bukan,Pandai amat bermain semu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitPelbagai

Orang Feringgi jadi kelana,Mencari landak sekawan lima;Sekarang pergi akan ke mana?Patik nan hendak bertanya nama.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Cantik manis putih kuning,Bagai tanduk bersendi gading;Salah pandang akal dirunding,Feil perangai laksana anjing.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Si kerakap tumbuh di siam;Kalau ya kasihkan kami,Carikan jarum gedang meriam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau raut ulu sekerat,Buat peraut pasak perahu;Seorang di laut, seorang di darat,Di dalam hati siapa tahu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan ditibang rotan gelonggang,Pucuknya ada berjurai-jurai;Jangan dikinang benda yang hilang,Sudah jauh digunggung murai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tetak nibung buat panggung,Hanyut tempurung di Kuala Rekan;Rindu sahaya tidak tertanggung,Burung terbang sahaya berpesan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Naik endul jangan diayun,Takut putus tali penghubung;Lembu dogol jangan dibalun,Kalau menanduk jatuh terjerungkung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)