Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Nasihat

Enche Japar mudik menyabung,Ayam kelabu disangka tedung;Kalau lapar makankan jagung,Bambu jangan disangka rebung.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Naik bukit conggang-congit,Cari kayu membuat lesung;Kena tembup perut buncit,Lama-lama menjadi busung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Maling-maling di tepi belukar,Gelugur ditebing tinggi;Dibanding tidak bertukar,Diukur sama tinggi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Kambing ini kambing biri-biri,Hendak makan pucuk cerucuh;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut makan dahulu.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Tunggu dusun durian cempedak,Manggis rambutan langsat duku;Kaki pantilun sebelah pandak,Tumit melecer makan sepatu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Saya pergi ke rumah cik akup,Singgah mengutip buah kerekup,Hari petang panaspun redup,Alangkah sedap angin bertiup!

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Bunga rampai di dalam puan,Ruku-ruku dari peringgit;Belum sampai padamu tuan,Rindu saya bukan sedikit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Puan kelapa puan,Ketiga dengan kelapa Bali;Harap hati kepada tuan,Tidak tuan, siapa lagi?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Orang mengkalis memukat gelama,Pukat dirintang di tanjung pauh;Hati marah padah datangnya,Hati hiba membawa jauh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung senanti,Daun palas makanan kalui;Penatlah saya duduk menanti,Padang yang telas berbalik balui.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terbang balam sidua-dua,Hinggap di atas pokok sentul;Abang pandang, adik tertawa,Hati dalam sama tak betul.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Lumba-lumba main gelombang,Riaknya sampai ke indiragiri;Cuba-cuba bertanam mumbang,Kalau tumbuh turus negeri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari panas ribut berdengung,Buah semetong berayun putik;Hitam manis duduk termenung,Emas lancung terbawa mudik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dua kali saya ke jawa,Gunung belitung beringgit-ringgit;Dua kali saya kecewa,Hidung dicium pipi digigit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah bongkok jangan menyerangguh,Boleh susup dari bawah;Orang tua bongkok menggelisah gaduh,Kena serkup di bawah kawah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Anak merak di kampung cina,Cari makan kepala titi;Emas perak kebesaran dunia,Budi yang baik membawa mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Burung kedidi di sambar lang,Bawa naik ke pokok tinggi;Budi tuan mana nak hilang,Sudah mesera di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Selasih alang gemilang,Kayu hidup dimakan api;Kalau kasih alang kepalang,Dari hidup baik kumati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun enam,Mati seekor tinggal lima;Kapal di laut habis jahanam,Lalu dipanggil tukang cina.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Batang selasih permainan budak,Berdaun sehelai dimakan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun kembali juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Merpati kepak bersilang,Turun ke bendang makan padi;Simpan di peti takutkan hilang,Baik kusimpan di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ambong pergi menggetah,Dapat puyuh tepi perigi;Sedang rebung baik dipatah,Jadi buluh melepuh jari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Keriat di bawah tangga,Mari dikobak balau-balau;Tuan cerdik saya bertanya,Mana jejak anggau-anggau?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Anak siam berbaju siam,Pandai gunting bunga kecubung;Sungguh nampak duduk diam,Laksana gunting makan hujung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menitik embun di gunung sari,Buah delima di dalam puan;Dua tiga boleh dicari,Mana sama denganmu tuan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Belayar menyusur tebing,Sarat bermuat bunga lalang;Hidung dicium bau emping,Itulah tanda anak peladang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak dara menimba perigi,Putuslah timba tinggal tali,Biarlah jiwa kekanda pergi,Janganlah tuan berosak hati.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & CintaAdat & Bangsa

Nasi kunyit panggang ayam,Tupai melompat menghalau pari;Bumi tersengat dunia karam,Kasih melenggang di tengah negeri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Limau perut delima muda,Rambutan acih, apa bijinya?Kalau turut hati yang muda,Rumah tangga apa jadinya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Katang-katang berisi manik,Yang sebiji berisi gelam;Ulurkan tangan kami nak naik,Kami datang malam kelam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kembang cempaka ke peraduan,Tempat bertandang bidadari;Kasih sayang dalam pangkuan,Penghibur hati payah dicari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cukin datang dari cina,Pasir putih di sarang helang;Miskin sudah dagang yang hina,Hitam putih dikata orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain bali selendang bali,Serindit makan lada muda;Jikalau tidak kenang sekali,Kenang sedikit ada jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kampung sebuah masuk kawar,Kibas jampung tengah malam;Saya laksana ikan di lahar,Kena tuba timbul tengelam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menjala membawa mudik,Dapat pari yu lampai;Saya bertanya kepada adik,Apakah hari iddah kan sampai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke luar berjalan hari malam,Singgah di kedai beli beras;Saya mencari serata alam,Berjumpalah buku dengan ruas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah beringin lada raksa,Anak helang mengadu makan;Kalau ingin mengapa dirasa?Buah masak sahaja dimakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitNasihat

Siamang kusangka Zanggi,Mati dibunuh hulubalang tua;Memang tak baik orang pendengki,Badan sendiri ia kecewa.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Banyak nyamuk pulau tikus,Orang acih bakar perasap;Badanku gemuk menjadi kurus,Sebab kasih rindu meredap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hujan panas lari ke hutan,Ke luar ke padang jemur padi;Sisik emas tulang intan,Mahukah makan pancing kami?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sayang kiambang bunga kiambang,Kiambang sekuntum dalam perigi;Terang sungguh bulan mengambang,Awan juga membawa diri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Dari perlak lalu ke kelantan,Mengadap raja tinggi berdaulat;Berolak air kusangka ikan,Pukat kulabuh, ikan tak dapat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Air mati memancing kurau,Singgah di beting kutip agar-agar;Buta larang tergagau-gagau,Jari hantu ditikam selumbar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Hilir dari sungai sagu,Singgah menjala di bulan terang;Bagaimana jung nak lalu,Kalau sudah dilengkung karang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung senanti,Tempat berkok berulang siang;Teguh-teguh pegangkan janji,Bagai rasuk dengan tiang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Harap-harap kelapa puan,Tidak puan kelapa Bali;Harap hati kepada nan tuan,Tidak tuan, siapa lagi?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Jangan ditenyeh gelemayar,Kalau malam bersinar-sinar;Air laut berkocak nampak penar,Ikan berlari terketar-ketar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau subang sama subang,kalau sanggul sama sanggul;Kalau hilang sama hilang,kalau timbul sama timbul.

Wikisource (CC BY-SA)
Ilmu & Belajar

Anak beruk di tepi pantai,Masuk ke bendang makan padi;Biar buruk kain dipakai,Asalkan pandai mengambil hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asam kandis asam gelugur,Ketiga dengan asam rembunia;Nyawa menangis di pintu kubur,Hendak pulang ke dalam dunia.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mentimun betik dari ladang,Mari dicacah dengan kuku;Kecil molek abang nak pulang,Mari dihantar hingga ke pintu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kapal berlabuh di lautan sisi,Patah puteri naga-naganya;Bantal dipeluk saya tangisi,Hendak mati rasa-rasanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan ditentang pulau di siam,Telur sebiji di celah atu;Jangan dipandang penyu diam,Ia bertelur beribu-ribu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Meranti tampak berbayang-bayang,Tampak di parit kota lama;Buah hati tinggallah sayang,Abang pergi tidak lama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan lurut padi muda,Pecah batang, kena tangan;Jangan diturut hati muda,Rosak binasa panjang-panjangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak sawa sebesar lengan,Hendak meniti batang padi;Hendak tertawa tidak berteman,Senyum sedikit di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Terengganu berkota papan,Duduk di atas tuan puteri;Tuan seumpama kain kapan,Hancur tidak berganti lagi.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Tanam selasih di tengah padang,sudah bertangkai dirubung semut;Kita kasih orang tak sayang,halai-balai tempurung hanyut.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Anak beruk ekornya kudung,Turun melompat tepi pantai;Umpama kain buruk bertampung,Benci dilihat segan di pakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tunggang kuda dari seberang,Sampai di padang lalu berpusing;Saya laksana dahan tunjang,Pecah tunas menjadi ranting.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)