Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Limau manis condong ke keling,Sudah ke keling, ke jawa pula;Hitam manis duduk menjeling,Sudah menjeling, tertawa pula.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ikan dimakan ikan,Ikan sia dalam tuar;Tahu makan, tahu simpan,Rahsia jangan dibiri keluar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Baik-baik tuan menarah,Jangan tertarah ke kaki cendawan;Baik-baik tuan menggetah,Burung terbang ke kaki awan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Si rangkak di atas bukit,Patah sompek tulang dadanya;Tuan tahu berhati sakit,Tiba di orang apa rasanya?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Budi & JasaKasih & Cinta

Dari piapung ke periaman,Singgah menanam ubi keladi;Tinggal kampung tinggal halaman,Tinggal kasih yang baik budi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
SindiranPelbagai

Ada suatu anak kelasi,Baharu sekarang menjadi juragan;Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Selasih ditolak tidak,Ribu-ribu makanan kuda;Bercerai kasih, bertalak tidak,Seribu tahun bertemu juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan mengail ikan,Jangan mengail ikan sepat;Bukankah dahulu saya berpesan,Pokok berduri jangan dipanjat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Burung terbang di ruang angkasa,Jatuh ke laut lalu tenggelam,Jangan sekali membuat dosa,Wahai umat beragama Islam.

Wikisource (CC BY-SA)
Adat & Bangsa

Entah rebung entah tombak,Permainan anak raja yaman;Jung di laut lagi kurompak,Inikan pula di tengah laman.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Apa guna pohon lada?Sudah ada pohon betik;Apa guna raja kecil muda?Sudah ada muda cik cantik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik siti bermain panah,Panah burung terbang ke awan;Saya laksana isau yang lemah,Sebarang dihiris tiada makan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau raut berulu emas,Entah di mana dibawa orang;Ombak laut saya tak cemas,Kononlah pula ombak kubang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Masuk ke rimba hutan duri,Jumpa harimau duduk mengeram;Apa dosa hamba ini,Dikelar badan dibubuh garam?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Perpaduan

Jikalau pasang air di laut,Mahukah tuan bersama mandi?Jikalau datang ajal dan maut,Mahukah tuan bersama mati?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitSindiran

Pergi ke pantai menjala ikan,Ditebar dapat alu-alu;Sanak bukan, saudara bukan,Hampir ke mari tidakkah malu?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Budi & Jasa

Pisang emas bawa ke bentan,Masak sebiji di atas panggung;Hutang emas berganti intan,Hutang budi badan menanggung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Kain batik berbaju batik,Pakaian anak raja semarang;Encik laksana perangai itik,Makan menyudu di longkang orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Suka-suka berladang rimba,Naik batang turun batang;Suka-suka berlaki tua,Perut kenyang pengajar datang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Gesek rebab petik kecapi,Burung tempua mengangkut sarang;Apa sebab jadi begini,Karam berdua basah seorang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Seluar sutera beli di kedai,Pakaian anak raja melayu;Saya laksana mawa di julai,Menantikan embun di daun kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
SindiranPelbagai

Yang mana serang mana kelasi?Mana satu jadi juragan?Harimau garang, kukunya besi,Diberak tiung mati beragan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Saya ke rumah cik tahir,Lihat orang angkat jerami;Encik laksana kiambang di air,Akar tidak berjejak ke bumi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Keretup-keretip bunyi menempa,Tempa pending kerawang bertingkat;Dalam sulit datang berjumpa,Niat di hati hendak mengelat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ali orang di kota,Turun ke bendang makan padi;Alangkah karut tuan berkata,Belah dada melihat hati!

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kumbang nyiur kumbang bertanduk,Makan umbut sampai ke pucuk;Orang bengkeng suka merajuk,Datang si bebal hendak memujuk.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Encik jamal mudik ke bentung,Singgah melelai pucuk perepat;Nasibnya badan tidak beruntung,Ikan di gulai habis melompat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Burung belatuk baharu bertelur,Telur ada dalam gua;Abang mengantuk marilah tidur,Bantal satu kita berdua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asal bernama titisan akar,Hilir bermalam di bandar sungkai;Termenung kumbang atas akar,Bunga berayun bertolak tangkai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam denak dalam belukar,Ada susuh cula tupai;Sudah jinak menjadi liar,Ada musuh mula mengintai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Dari teluk ke pantai lima,Orang berjalan laki-bini;Cium peluk saya terima,Jalan jahat jangan sekali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jung di laut baharulah,Sudah dipakal di dapisi;Bawa kembali ke rahmatullah,Badan terhantar ditangisi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana pergi memikat,Dapat seekor anak balam;Sungguh kecil sampan pukat,Berani belayar lautan dalam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rumah besar diguncang bayu,Atapnya ijuk, dindingnya papan;Tuan seumpama kain baju,Tidak luput dari badan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hujan turun rintik-rintik,Orang berkajang dalam perahu;Saya laksana bintang keridik,Berkubang di pasir habis berdebu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang batak bermain pedang,Burung terkukur terbang ke kebun;Saya umpama katak di padang,Penat berketur, hujan tak turun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Singapura bernama selat,Selat bernama negeri baharu;Pura-pura tidak dilihat,Hati di dalam bagai digaru.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak kumbang terayap-rayap,Mari disambar anak turki;Hendak terbang tidak bersayap,Hendak hinggap tidak berkaki.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari-hari masuk ke taman,Kiri kanan pandangan bunga;Sial tangan malang tangan,Di dalam tangan orang punya;

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Memepelam tumbuh tepi keramat,Ditanam oleh anak melayu;Tanda dunia hendak kiamat,Tinggi rumput dari kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik baris menjunjung bangkai,Mari ke mari saya umpukkan;Nak menengok emping bertangkai,Mari ke mari saya tunjukkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik lebai naik ke bukit,Tempat cenuram potong kayu;Orang kebal luka kulit,Remuk di dalam haram tak tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pergi ke darat mengetam padi,Pecah batang carik-bercarik;Jikalau kena isyarat kami,Adik mudik kuputar balik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sapu tangan pelekat hijau,Mari terletak di atas tangga;Luka tangan disibabkan pisau,Luka hati disibabkan kata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Kupu-kupu terbang melintang,terbang di laut di hujung karang,Hati di dalam menaruh bimbang,dari dahulu sampai sekarang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Beli ragi membuat tapai,Bertamu kop baharu masak;Dengki busuk jahat perangai,Belikat panjang segan bergerak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terketik bagai udang di tangguk,Terlompat-lompat tertepuk-tepuk;Tiada sedar kaki cabuk,Diurung bebari habis merebuk.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Limau manis dari hulu,Dibuat lengkongan dulang;Hitam manis bangun dahulu,Kapurkan sirih, abang nak pulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Panah burung bawah pelepah,Jatuh ke padang hutan selasih;Tuan laksana tanah bertuah,Di tebok digali dapatlah bijih.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Masuk hutan bawa senapang,Hendak bedil anak beruang;Encik laksana binatang kongkang,Kepala ditunduk celah kangkang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sedap kundur sayur dan labu,Mana sama dengannya betik?Sedap tidur di dalam kelambu,Mana sama di pangkuan adik?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buluh betung batang berduri,Dibuat lantai gelegar pengapit;Ibarat seperti burung kedidi,Di mana pantai tercunggit-cunggit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Potong akar tepi teluk,Hendak membuat bingkai pasu;Air berputar jangan mencebuk,Puaka besar duduk menunggu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Hilir berakit berkajang kain,Mana teluk, mana ditimba;Alang sakit mencari lain,Mana duduk, mana bercinta.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tikus melata di tangkai padi,Habis padi makan menikai;Suci ikhlas di dalam hati,Sekat mati, baharu bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang berkuda ke beranang,Dipacunya ke semantan;Hidupkan kera dan siamang,Akan pemanjat manggis di hutan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang berburu di hutan baling,Mati rusa di kampung jawa;Laksana duri di dalam daging,Bila tersentuh terasa jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Beringin di tepi pulau,Tambatan ayam tedung jalak;Hati ingin memandang pulau,Perahu ada, kemudi tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Burung gagak terbang menderu,Singgah hinggap di hutan tarum;Malim pekak, kapitan bisu,Di tengah laut dibuang perum.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Senapang peluru timah,Orang menembak pipit di dahan;Abang baharu nak beramah,Salahnya sedikit berjauhan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)