Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Ayam ponggok ayam kudidik,Terbang ke ladang makan padi;Barang yang buruk jangan dibelik,Silap mata terkena membeli.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Berapa jauh tanah palembang,Burung terbang pulang hari;Dari jauh saya datang,Dengarkan tuan baik budi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah ditilan jangan diluah,Boleh rasa pahit maung;Anak ayam disambar sewah,Tinggal ibunya duduk melengung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Perigi dikatakan telaga,Tempat budak berulang mandi;Emas merah memang beharga,Budibahasa sukar dicari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berasa miang tangan dan siku,Kemuncup penuh kaki seluar;Orang kenyang jangan dijamu,Lauk yang sedap dikatakan tawar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Minyak setitik buat pelita,Letak mari dalam kaca;Jangan berteriak, jangan bercerita,Tahulah orang, matilah saya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Si Langsat anjing pemburu,Rusa sekawan diadangnya;Diam tuan sabar dahulu,Ada masa ketikanya.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Ilmu & Belajar

Angin barat gelombang barat,Barat memecah dari seberang;Kalau abang pandai ibarat,Mana runut helang terbang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Panah-memanah Raja Andoman,Panah lalu ke segara.Adinda sepantun syarbat minuman,Sepuluh tahun tak hilang rasa.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Berkait

Pisang emas bekal belayar,masak sebutir di atas peti;Hutang emas boleh dibayar,hutang budi bekal mati.

Wikisource (CC BY-SA)
BerkaitPelbagai

Anak ayam turun satu,Mati seekor habis lalu.Sudah naik di atas batu,Dipukul ombak bertalu-talu.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Anak cina bebaju guntung,Mari dibawa merembah tebu;Mari kita mengadu untung,Cuba menempuh ombak jelebu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Daun raya di atas bukit,Tempat raja tanam pala;Harap saya bukan sedikit,Sebanyak rambut di atas kepala.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hari-hari jalan ke teluk,Tempat orang bakar arang;Lubuk dalam jangan diseluk,Takut terpatuk ular belerang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun sembilan,Mati seekor tinggal lapan;Di laut pulau sembilan,Di situlah banyak kapal beragan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hendak hilir ke pulau lumut,Pulau pandan saya kirikan;Kononlah pula kain selimut,Nyawa di badan saya berikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah nenas di dalam kandang,Terung perat dua tangkainya;Saya tak cemas di tangan orang,Ada hasrat pengungkainya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rintik-rintik anak kasau,Batang padi kulurut juga;Layar tak lepas hujung pulau,Kuputar kemudi, kuturut juga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak buluh panjang sepuluh,Akan pengapit banir durian;Akan penyambut jari sepuluh,Saya nak naik atas pangkuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok nenas di kuala daik,Mari dipetik anak melayu;Tuan umpama teras yang baik,Kalau dibakar makin berbau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Rumah siapa berbelah bumbung?Rumah saya berisi padi;Tunang siapa lalu bertudung?Tunang saya nikah tak jadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Burung pucung terbang ke bukit,Singgah bersarang di pohon bulang;Hidung dicium pipi digigit,Membuat bekal abang nak pulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak punai anak merbah,Sambil terbang membawa sarang;Anak sungai lagi berubah,Kononlah pula hatinya orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Merokok palut kain selasih,Duduk berjuntai di permatang;Tidak telut oleh pengasih,Minyak cenuai akan datang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang dengu tak dapat dibuat,Ajar yang baik menjadi jahat;Perahu tembus lupa kelpat,Air masuk baharu gelurat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Nyap-nyap kelali minyak,Asal minyak dari santan;Burung yang liar jadi jinak,Masa tiada lawan di tangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak buluh sepanjang ini,Akan mengait sarang papas;Tidak jumpa semalam ini,Sangkar sudah balamnya lepas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berempat menjalin lukah,Lukah dijalin tengah halaman;Pada lamvat biarlah usah,Tidak lama di tapak tangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tidak boleh dibinang-benang,Kalau dibinang putus kelindan;Tidak boleh dikinang-kenang,Kalau dikinang menjadi rawan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulut putih makan bersantan,Makan di atas tikar jarang;Ayohai cik putih bukan buatan,Lakunya tidak dapat dilarang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
NasihatBudi & Jasa

Anak Melayu pakai selendang,Singgah petik buah delima;Harimau mati tinggalkan belang,Orang mati tinggalkan nama.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Dering sahaja sudah kuerti,Tiada payah tengkeng jerkah;Kerling sahaja jangan perhati,Tuannya kelak nanti marah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke langat,Saya menanti di batu sembilan;Kalau tuan menjadi mayat,Saya menjadi air sembilan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Padi pulut di dalam bendang,Banyak rumput dengan jerami;Mulut kita disuap pisang,Buntut kita dijangkit duri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitKasih & Cinta

Mati dipatuk ularnya lidi,Dipanah oleh Raja Hanuman;Beserta kolam tempat kumandi,Entahkan balik akhirulzaman.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Kahwin & Merisik

Bulan terang taram-temaram,Hantu berjalan laki-bini;Janganlah saya diaram-aram,Saya dagang tercampak di sini.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain pelekat kepala dua,Mari dijahit benang mastuli;Sudah sapakat kami berdua,Marah orang jangan peduli.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tahi kelawar dibuat sendawa,Ubatan campur bunga api;Siamang mengilai mawas tertawa,Naga tertalan si ular lidi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Panjang rambut encik julita,Panjang melilit ibu kaki;Jangan didingar murai bercerita,Kapal belayar dikatakan berhenti.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Minyak lenga dalam guri,Anak sepat ikan tuka;Nak ambil bunga di dalam duri,Bunga tak dapat tangan yang luka.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak rusa di gunung ledang,Turun ke tanah makan padi;Sia-sia mata memandang,Apa sebabnya main tak jadi?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bidadari dari kayangan,Turun bermain sepak raga;Adinda ditaruh limpa jantungan,Tiada ternilai berapa harga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tarik api di dalam rabuk,Rabuk berisi katang-katang;Api menyala di dalam lubuk,Ikan bermain di tengah padang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menimba berdebur-debur,Air ditimba di kuala kedah;Jangan abang cakap tekebur,Unggas terbang dapat kugitah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Penatlah saya menanam padi,Nenas juga ditanam orang;Penatlah saya menanam budi,Emas juga dipandang orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Sapu tangan punca pelekat,Pakaian anak raja di judah;Luka di tangan dapat dilihat,Luka di hati bila kan sudah?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang jawa menebas kebun,Belalang di padang habis melompat;Tuan umpama akar seruntun,Sungguh pahit menjadikan ubat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Daun terap di tengah padang,Datanglah gajah dililainya;Tengah sedap mata memandang,Datang allah diceraikannya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ali selendang batik,Batik datang dari surabaya;Tuan umpama emas dititik,Belum disipuh bertambah cahaya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Telotok pisang di hutan,Patah ditimpa selaranya;Berkokoklah si kelantan,Hendak mendengar suaranya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terang bulan di pulau pinang,Anak belanda turun ke kapal;Tengah malam bangkit terkenang,Air mata turun di bantal.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa putih di tanjung layang?Ruku-ruku tanaman cina;Apa putih di kepalamu dayang?Telur kutu disangka bunga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke petani,Cari ayam bulu balik;Sudah tuan ludah ke bumi,Adakah patut nak jilat balik?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kibang-kibut kuala pahang,Ombak beriring lima-lima;Kerat rambut kirimkan abang,Buat pengganti mata telinga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa lauk nasi baharu?Disimbelih ayam sabungan;Tidak dapat jalan di pintu,Saya panjat tulang bumbungan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kiri jalan kananpun jalan,Sama tengah batang mengkudu;Kirim jangan, pesanpun jangan,Sama-sama menahan rindu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Harimau seekor dari jambatan,Utusan anak raja Surati;Tuan dipandang tidak kelihatan,Gundah gulana di dalam hati.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Biji lanjut panjang lampai,Main anak raja di Judah;Di dalam hajat niat tak sampai,Hancur dunia dendam tak sudah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bulan terang anginpun sedap,Bunga keduduk di dalam bendang;Tuan sudah terkena injap,Bubu duduk ikanpun hilang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tanam kacang jarang-jarang,Situ tempat puyuh berlari;Bertanya bulan kepada bintang,"di mana jatuh matahari?".

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)