Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Tinggi bukit gunung semabuk,Limau abung tebing perigi;Sudah termakan buah nan mabuk,Terpanjat pula nibung berduri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari teluk ke tepi perigi,Singgah berhenti di tepi pantai;Sahajalah pungguk tak sedar diri,Bulan yang tinggi hendak di capai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Pandai pelihara anak itik,Gelisik bulu jantan betina;Emas kertas jangan dititik,Kalau penyek tiada berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga cina tanaman cina,Mari dibungkus dengan kertas;Sungguh saya bena tak bena,Hati di dalam belum kan lepas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang mengail sungai dua,Mari umpan pucuk keledek;Orang bermain sama tua,Kencang-kencang bunyi gobek.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak tamban sebesar jari,Mari dibungkus daun keladi;Saya umpama tiada bertali,Di mana tersangkut di situ berhenti.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sialang pulau sialang,Tiga dengan pulau gelugur;Kasih tuan bukan kepalang,Jatuh di hati limpa gugur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kaut-kaut sayur kangkung,Hendak menjamu orang di hulu;Umpama hidup siput belitung,Air pasang kerabat kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Panjang rambut siti julita,Panjang melilit ibu kaki;Intan zamrud cermin mata,Tuan seorang mahkota hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Turun ke hilir petik remayung,Buat sayur pagi hari;Jangan disindir jangan disayung,Cakapkan terang supaya erti.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Memasang jerat di atas permatang,Kena denak hujung bulunya;Makin dihalau semakin datang,Orang dah jinak dari dahulunya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bismillah itu mula dikarang,Pantun anak jawa semarang;Saya umpama kain jarang,Jual tidak dibeli orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Cempedak buah berangan,Lempata bunganya biru;Teragak dikenang jangan,Adat muda sahaja begitu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Gunung ledang bercabang tiga,Tempat orang berbuat huma;Kasih sayang janganlah hiba,Saya pergi entahkan lama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hendak hujan, hujan sekali,Boleh saya berkajang kain;Hendak buang, buang sekali,Boleh saya mencari lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak cina petek berembang,Jatuh sebiji di tepi pantai;Tuan laksana lepas terbang,Saya di bumi bila tercapai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak melayu pergi ke bukit,Masuk ke hutan memotong kayu;Bukan tebu boleh tuan gigit,Buku buluh bolehlah tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau sungguh bulan purnama,Mengapa tidak di pagar bintang?Jikalau sungguh tuan bijaksana,Mengapa tidak dapat ditentang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Padang temu padang baiduri,Tempat raja membangun kota;Bijak bertemu dengan jauhari,Bagai cincin dengan permata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berapa candung parang dipinggal,Lebih candung parang dibili;Berapa cengkung adik yang tinggal,Lebih cengkung abang yang pergi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Luruh upih pergam datang,Dapat seekor di sawah padi;Suruh putih hitam datang,Serta datang menyakit hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tarik dayung berderap-derap,Hendak melawan sampan kotak;Saya laksana bunga dedap,Sungguh merah berbau tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hayut kiambang berderai-derai,Hanyut dari pengkalan hulu;Bulan mengambang, pungguk mengintai,Bersahut-sahutan di carang kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau udang, udang juga,Bolehkah jadi anak tenggiri?Anak orang, orang juga,Bolehkah jadi anak sendiri?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Kuntul terbang ke udara,Ikan selangat dihempaskan,Jangan digenggam bara,Rasa hangat dilepaskan.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kayu ara di tebing tinggi,Jatuh sebiji ke dalam serkap;Anak dara sekarang ini,Tak dapat laki, ia menangkap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asap api gulung-gemulung,Anak buaya terlampai-lampai;Rasa hati memeluk gunung,Apa daya tangan tak sampai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Masak nasi, potong kerbau,Hendak dijamu raja Berunai;Orang diam dikata bodoh,Sebagai ombak tutup sungai.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Ada bulan dikandung awan,Dipagar oleh bintang tiga;Tujuh hari kenyang tak makan,Perut kenyang asyik berkira.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak cina menimba lopak,Sakit kaki tikam kayu;Umpama bunga dalam kelopak,Kalau dibuka baharu berbau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Rokok seribu dibawa bekal,Bawa mudik sampai ke lukut;Kasih tuan haram tak kekal,Sebagai embun di hujung rumput.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam denak dibuat sabung,Dengar kokok pilu rasanya;Tuan umpama suara burung,Pokok kayu akan tempatnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bentang tikar lebar-lebar,Supaya senang tidur merampai;Kalau tuan bersawah lebar,Carikan abang emping bertangkai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kutu-kutu di mana tuma?Tuma ada di kain jarang;Adik bungsu di mana bunga?Bunga ada/lagi dikarang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Saya tidak segan menyapu,Sampah banyak di daun dedap;Saya tak segan membuka pintu,Ayah dan emak belum lelap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Kambing saya sedang lari,Makan taruk kacang bulu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana saya jawat dahulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sepuluh ikan cencaru,Mana sama ikan gelama?Sepuluh ganti yang baharu,Mana sama dengan yang lama?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang berhinai berhitam kuku,Mandi dijirus air mawar;Tuan seorang biji mataku,Racun diminum jadi penawar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak sepat dalam padi,Anak seluang meloncat tinggi;Kalau tak dapat bagai di hati,Biar bujang sampai ke mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau tidak kerana bulan,Masakan bintang menyemur pagi?Jikalau tidak kerana tuan,Masakan abang datang ke mari?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Budak-budak bermain ceki,Ada hitam, ada putih;Seumur lopak menjadi perigi,Anak kedah hendak melebih.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Memutih ombak di rantau,Petang dan pagi tidak bersela;Memutih bunga di pulau,Setangkai sahaja yang menggila.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari kuantan ke singapura,Layar kadut disabung angin;Lemak santan manis gula,Tidak sedar racun bermain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jika terbang, terbanglah bangau,Ikan senang beralih lubuk;Jika kering, keringlah danau,Senanglah belatuk tumpang duduk.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Pulau pandan jauh ke tengah,Di balik pulau angsa dua;Hancurlah badan dikandung tanah,Budi yang baik dikinang jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kencang-kencang angin di atas,Hendak memutus tali kecapi;Jung lilin, layar kertas,Hendak melalu lautan api.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Sebab tak kena dengan tetaknya,Macam mana nyirih nak rapat?Sebab tak kena dengan mintanya,Macam mana sirih nak dapat?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kueh kodok cucur lempeng,Beli makan balik benteng;Sebelah buruk sebelah bopeng,Bubuh bedak sebagai topeng.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulau pandan jauh ke tengah,Gunung daik bercabang tiga;Seksanya badan sebab fitnah,Seperti ditikam tulang selangka.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak beruk di kayu rendang,turun mandi ke dalam paya;Biar buruk di mata orang,cantik manis di mata saya.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Cik loyok makan sirih,Buah berangan di dalam padi;Elok buruk saya tak pilih,Asal berkenan di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Anak itik matinya lemas,Makan lenggundi bukit askin;Hilanglah bahasa kerana emas,Tak tampak budi kerana miskin.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak undan ketiga dempu,Tarik layar ke indiragiri;Dengan tuan tidak bertemu,Air diminum seperti duri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Olok-olok burung di laut,Ogak-ogak burung di bukit;Rupa elok bagai di raut,Akan penawar hati yang sakit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Berdenyut di kampung cik heran,Berdenyut di hujung tanjung;Macam mana hati tak hairan,Menengok tungau menjunjung lesung?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Gunting kain kerawang baju,Jangan dirangkai keduanya;Sayangkan lain buangkan aku,Jangan dipakai kedua-duanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jijak selut kaki terbenam,Dipagut ular ekor melilit;Bangkit pagi kuat bersenam,Pecah tendir tak jadi sembelit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sehari semalam mimpikan bulan,Nyiur gugur bertandan-tandan;Tidur malam mimpikan tuan,Serasa tidur berbantalkan lengan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Kerja sergut jangan digagah,Sesalnya tidak dapat faedah;Adat dunia telah sudah,Lain makan nangka, lain kena getah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Nak mandi marilah mandi,Setimba kita berdua,Nak mati marilah mati,Sekubur kita berdua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)