Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Budi & JasaKasih & Cinta

Dari pauh singgah pematang,Singgah merapat papan kemudi;Dari jauh sahaya datang,Karena tuan baik budi.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Ke tasek ke inderagiri,Singgah bermalam di tepi pantai;Pinjami saya lesung seguri,Akan penumbuk emping bertangkai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak pipit mati terhimpit,Mati disingat kumbang hijau;Makan sirih pingang digigit,Nak membelah tidak berpisau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bergendang lagu melaka,Kulit kaki umpan tenggiri;Tak faedah bermain mata,Buat sakit hati sendiri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun sepuluh,Mati seekor tinggal sembilan;Melihat kapal beralih labuh,Di laut pulau sembilan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Selasih di tepi tubir,Tanam bedara tepi perigi;Kasih tuan di luar bibir,Tidak mesera ke dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sembilan belas hari rejangnya halipan,Halipan beranak di dalam padi;Tuan seumpama si kain kapan,Buruk tidak dapat diganti.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Banyak pacat terjengkau-jengkau,Keluar di rumput tanah merekah;Buah muda tampak kerau,Bukan mudah hendak dicikah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sudah memerun baharu menukal,Hendak menanam padi huma;Saya umpama benang setukal,Putus satu rosak semua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Puas sudah kutanam padi,nenas juga dimakan orang;Puas sudah kutanam budi,emas juga dipandang orang.

Wikisource (CC BY-SA)
Adat & Bangsa

Singapura negeri baharu,Tuan raffles menjadi raja;Bunga melur, cempaka biru,Kembang sekuntum di mulut naga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak balam di atas panggung,Kalau tuan ke Bandar Rekan;Rindu sahaya tidak tertanggung,Sekalian burung sahaya berpesan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Ilmu & BelajarAdat & Bangsa

Pertama teluk kedua pantai,Ketiga dengan jamban di hulu;Pertama elok kedua pandai,Ketiga baik bangsa penghulu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Rumah rungkup, hujan tempias,Basah kuyup kain sutera;Kalau janda, pandai berhias,Terlebih pada anak dara.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Sebab banyaklah isinya,Maka ditanam dalam-dalam;Sebab banyaklah budinya,Maka dikenang siang-malam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Selasih harum di kayu mati,Anak gagak makan padi;Kasih belum cinta sebati,Apa kehendak tiada menjadi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Hilang dadu kerana dadih,Dadih bercampur dengan nila;Hilang malu kerana kasih,Rindu hati bercampur gila.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Buah tasbih buah cemperai,Permainan anak raja perlak;Air meleleh hilir berderai,Turun bertakung di dalam lopak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menyelam di acih di batu buruk,Yu sambaran datang melewar;Batu yang keras menjadi serbuk,Nyiur setandan disambar kelawar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Ayam hutan terbang ke rimba,Hendak hinggap di atas kepaya;Emaknya sultan ayahnya raja,Janganlah hina tegal di saya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Itulah pulau si keladi,Di balik pulau si keluang;Hilanglah akal kerana budi,Itulah sebab kakanda terbuang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Nyiur manis tepi pengkalan,Tempat merak bersarang tujuh;Hitam manis turun berjalan,Bagai kilat bintang sepuluh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Serawak sungainya sempit,Buah rengas limbang-limbangan;Hendak dibawa perahuku sempit,Tinggal emas tinggallah junjungan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tanjung belukar, tanjung beliku,Tebar jala sepanjang pantai;Janji tuan tidak begitu,Kuntum mala sama dipakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan menebang jati,Biar serpih tumbang jangan;Kalau tuan mencari ganti,Biar lebih kurang jangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hempaskan buyung di laman,Air tempayan membasuh kaki;Sudahlah lepas si unggas bayan,Adalah punai pemujuk hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Mari menjala ikan sepat,Dapat seekor dalam lopak;Bunga sekutum bertingkat-tingkat,Sayang sekuntum bawah kelopak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cincang rebung lerengan,Di kuala tanjung bulang;Laksana jung bergandingan,Bila kala akan berperang?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hilir dari sungai jambi,Singgah bermain terangan bulan;Sangat hairan di hati kami,Burung terbang disambar ikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Limau perut lebat ke pangkal,Sayang selasih condong uratnya;Angin ribut dapat ditangkal,Hati kasih apa ubatnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Perahu lancang dari petani,Naik ke darat beli kain;Buah bacang serupa kuini,Rupanya sama rasanya lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sutera songkit panjang sembilan,Panjang sutera hingga kepalanya;Tuan laksana permata intan,Saya menumpang akan cahayanya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kelip-kelip kusangka api,Kalau api, mana dapurnya?Adik kecil kusangka mati,Kalau mati mana kuburnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Si patung menyisir rimba,Mati di palu rotan bulat;Elok pasungkan hati nan gila,Antara iman belum mudharat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terung asam terung berbulu,Diambil orang buat kerabu;Muka masam pandang keliru,Cari umbut terkena buku.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa ditebang di tengah limbah?Tentulah kayu saya lintangkan;Bunga setangkai sudah tergubah,Jikalau sudi, tolonglah suntingkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Timbangan saya timbangan tembaga,Tali ada batang tidak;Malam ini malam celaka,Janji ada datangnya tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaKahwin & Merisik

Petang-petang ribut berdengung,Sayang selasih di pucuk nipah;Petang-petang duduk melengung,Dengar kekasih hendak nikah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pada rumput biarlah padi,Buat kusauk daun lalang;Pada hidup biar kumati,Buat risau hati orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terung di gulai padi di tumis,Tanam peria di tepi pantai;Tiung mengilai, nuri menangis,Bayan sudah terkena rantai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sembilu di atas atap,Jatuh ke bawah saya tekankan;Kalau rindu jangan meratap,Orang lalu saya pesankan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitNasihat

Kayu udik dekat desa,Dihinggapi oleh si burung lang;Orang arif lagi berbangsa,Baiklah segera kembali pulang.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Orang langat bertanam padi,Orang pantai bersukat beras;Ingat-ingat seisi negeri,Harimau berantai sudahlah lepas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kerap-kerap ke tengah padang,Singgah mengutip bunga lengkuas;Bukan saya akap gebang,Semacam encik tiada tewas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Asal ada kaca di pintu,Tanamlah dedap di dalam padi;Asal ada kata begitu,Alangkah sedap di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pinang ceratak, pinang cerati,Dihempas mari di atas papan;Saya tak tahu kata mengerti,Sirih diberi saya makan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang padang makan mentimun,Mentimun ada di dalam kota;Saya pandang hujan kan turun,Pedoman tiba kepada saya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jangan harap kepada padi,Mari ditanam di dalam gembia;Jangan harap kepada mimpi,Hari siang manalah dia?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mengindang terkisut-kisut,Hendak dipilih akan antahnya;Dipandang tak patut-patut,Berdebuk akan darahnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang awa pergi ke kota,Singgah berhenti di tepi jalan;Sungguh tuan membawa senjata,Berkilat sahaja haram tak makan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau kena dengan tetaknya,Macam mana nyirih tak rapat?Jikalau kena dengan mintanya,Macam mana sirih tak dapat?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Patah sabut ditimpa sabut,Patah ditimpa dengan balang;Antara kabut dengan kabut,Di situ runut helang terbang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kain sutera kain muri,Kalau kertas ditenun jangan;Main kita main mencuri,Kalau terjumpa tersenyum jangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sirih kuning dalam lalang,Jatuh sehelai ditepuk hujan;Putih kuning lalu-lalang,Bagai kilat hari nak hujan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sehari-hari pergi ke ladang,Lihat padi menjadi lalang;Kalau sial bercampur malang,Ikan dipanggang tinggal tulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tanjung Katong airnya biru,Boleh buat cermin mata;Sedang sekampung lagi dirindu,Ini pula jauh di mata.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Teras jati bertalam-talam,Kapal berlabuh di lautan sisi;Nyaris mati semalam-malam,Bantal dipeluk saya tangisi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Anak tiung terbang ke acih,Burung merpati beranak tunggal;Sudah terlangsung kita berkasih,Kalau mati jangan disisal.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Biar cermat jangan rengkuh,Bukan kerja tak boleh bertangguh;Pecah tangan kulit melepuh,Pintal tak nak buat sauh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Berjalan memaruh-maruh,Dapat limau tiga iris;Berapalah rindu abang taruh,Air digenggam tidak tiris.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)