Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Sindiran

Cik embong orang melaka,Tanam peria tepi pantai;Jangan sombong tuan berkata,Adakah buaya menolak bangkai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa tanda hari nak petang?Anak merbah terciap-ciap;Apa tanda saya nak datang?Darah di dada girap-gemirap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Atas pucuk kayu ara,Lebat daunnya pokoknya rindang,Hilang kedalam bilik nak dara,Cuma meminta rokok sebatang.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Hujan turun renyai-renyai,Berteduh di bawah perahu;Panggil abang di dalam serunai,Panggil mulut orang kan tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Manik sambau ditumpahkan,Pucuk sawi-sawi muda;Di minangkabau baju disudahkan,Di betawi baharu di kesumba.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Burung serindit terbang melayang,Singgah hinggap ranting jarang;Duit ringgit dipandang orang,Budi bahasa jarang dipandang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sirih acih warna perang,Kuntum melati sukar digubah;Bercerai jauh kita sekarang,Di dalam hati jangan berubah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Kalau tuan pergi ke Kelang,Saya hantar sampai ke Linggi,Kalau tuan menjadi helang,Saya menjadi kayu tinggi.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Hari panas kera termenung,Jatuh dipuput angin selatan;Ikan menangkap di pucuk gunung,Singa mengeram di tengah lautan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang selesema sakit berhingus,Lubang hidung rasa terkambus;Ibarat seperti telur kemungkus,Benci nak pandang rasa cemus.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Usahkan pinang di parit,Lagi sabut saya torang;Usahkan bintang di langit,Rambut di kepala dapat kubilang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Patah pasak di dalam kemudi,Patah di ruang bunga kiambang;Kalau tidak bertemu lagi,Bulan terang sama dipandang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kita menari keluar bilik,Sebarang tari kita tarikan;Kita menyanyi adik beradik;Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Bunyi guruh di tanjung tuan,Bunyi melantas ke selayang;Jika terjamah benda bertuan,Alamat nyawa akan melayang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang berhenti tepi surau,Lihat padi campur jerami;Tujuh tahun musim kemarau,Baharulah sedar rumput di bumi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & JasaAdat & Bangsa

Ramai berkahwin raja kelang,Pakai dokoh dengan gelang;Budi baik mana nak hilang,Mesera sampai ke dalam tulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang berjalan lompat gagak,Tahu langkah terangkak-rangkak;Berjumpa bisu dengan pekak,Tak dengar tak erti hati rosak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
AgamaSindiran

Mati di lilit ribu-ribu,Laksamana tukang tutuhnya;Carilah akal dengannya tipu,Bagaimana akan membunuhnya?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sirih kuning pinangnya kelat,Hanyut kiambang berjari-jari;Putih kuning warna sakhlat,Hilang tak dapat abang mencari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tentu sagar itu lapuk,Mengapa dipatah-patah?Tentu gadung itu mabuk,Mengapa dirata-ratah?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Anak kambing putera dewi,Mengulam pucuk akar beludu;Sirih raja, pinang menteri,Yang mana patut dimakan dahulu.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Cik suri menjual ubat,Ubat bernama panglima jati;Tutur sepatah laksana syarbat,Manis terlekat di jantung hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ganggang-genjur sirih kuning,Letak di majlis jamu menteri;Tuan laksana air yang hening,Tiada payah di tapis lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hendak ditebang tidak tertebang,Tanam keladi dimakan kambing;Hendak dibuang tidak terbuang,Sudah menjadi darah daging.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Banyak orang bergelang tangan,Saya seorang bergelang kaki;Banyak orang melarang jangan,Saya seorang menurut hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sirih kuning pinangnya kelat,Dimakan orang pagi hari;Putih kuning gigi berkilat,Hilang di mana abang nak cari?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga sena tepi perigi,Disunting oleh anak melayu;Tuan belum terkena lagi,Jikalau kena, baharulah tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Air dalam bertambah dalam,Hujan di hulu belum pun teduh;Hati dendam bertambah dendam,Dendam dahulu belum pun sembuh.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Menyalak anjing perburu,Menyalak dan berkinja-kinja;Jika ada petua guru,Jangan dibawa tidur sahaja.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terbang bayan terbang tiung,Terbang mari batang baiduri;Bawa parang dengan beliung,Akan membuang sawar berduri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sawah gedang lanjut ke hulu,Bukit metibang timbul tenggelam;Eloklah abang berundur dahulu,Antara kasih belum mendalam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak tiung terdongak-dongak,Terdongak-dongak dalam perahu;Nak bercium gigi rongak,Malam-malam siapa kan tahu?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Tudung periuk bangkit menari,Permainan anak raja melaka;Kain buruk tinggalkan kami,Buat pengesat air mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Mari dibantun dengan parang,Berangan besar di dalam padi.Pantun tidak mengata orang,Janganlah sak di dalam hati.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Seluar sampak panjang ditungkah,Tinggi labuh sampai ke pinggang;Sedikit lawak banyak merakah,Bisi gatal kena jelatang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke kedah,Singgah semalam di kuala muda;Tuan laksana kuntum yang indah,Ditunggu oleh burung garuda.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang belayar ke langkawi,Tinggi petak pada kurung;Kalau lama tuan pergi,Buah masak dimakan burung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Anak di mandi baharu ditimang,Habis timang bawa pulang;Jangan jadi si umang-umang,Menumpang sahaja kulit orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Harap ke mulut besar cakap,Kerja suatu tak boleh cekap;Kayuh perahu bagai tertiarap,Semua kehendak makan serap.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Ruku-ruku dari peringgit,Teras jati bertalam-talam;Rindu saya bukan sedikit,Nyaris mati semalam-malam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Beras padi makanan itik ,Biar makan dalam palung;Belas hati pandang adik,Kalau buah rasa nak kendung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Sudah hilang panas di padang,Tinggallah sahaja panas di rimba;Sudahlah hilang hati nan sayang,Tinggallah sahaja hati nan hiba.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke hutan mencari rotan,Tiada rotan elakkan akar;Di luar tidak berkesan,Kalau di dalam kelosok bakar.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buat apa hendak ke jawa?Sampan ada masing-masing;Buat apa hendak senyawa?Badan kita masing-masing.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Rumah gedang bendulnya perak,Ukiran anak raja dewa;Tegang tidak kendurpun tidak,Apa sebab putus sahaja?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang linggi pergi ke deli,Singgah di taman memetik bunga;Tembaga di sadur tahan diuji,Kena belerang tampak warna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik ali orang yang nakal,Perbuatan maksiat menjadi jahil;Saya umpama sebuah kembal,Tempat mengisi tali pengail.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Putih kuning gebu cantik,Tubuh tembun bergelang suasa;Susu sebalanga nila setitik,Turun-temurun rosak binasa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Ya ilahi tuhanku rabbi,Kayu yang rendah menjadi tinggi;Selama kucing tiada bergigi,Tikus tiada sopan lagi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Cik judah orang petani,Singgah menumbuk simpang jalan;Tidak sudah buat begini,Bagai pungguk rindukan bulan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dari pekan ke kota rendah,Kain barus baharu jua;Atapnya papan dindingnya tanah,Angin berhembua lalu jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Angkut-angkut terbang ke langit,Mati di sambar anak merbah;Tertangkup bumi dengan langit,Setia tidak akan berubah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Anak balam terlompat-lompat,Kena duri pada kakinya;Tengah malam bangun bersikat,Adalah budi pada hatinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Hinggap di daun si burung pantau,Mati ditimpa ranting meranti;Seratus tahun saya dirantau,Tuan tidak luput di hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rumput manis di dalam paya,Padi linat di atas para;Mulut manis kepada saya,Paling belakang lain bicara.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang hulu turun ke kuala,Anak beruk di pohon berangan;Laksana perahu belum gegala,Buruk reput atas galangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Berapa seksa tiada terhingga,Siang malam bercinta lega;Laksana orang haus dahaga,Berjumpalah air satu telaga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Mana boleh di dalam kertas,Jerat mari jaring selawah;Mana boleh jatuh ke atas,Sudah adat jatuh ke bawah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sentakkan layar ke indiragiri,Ikan todak dalam perahu;Air ditelan serasa duri,Tidur tak hendak makan tak mahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ambil arang tempa lembing,Hendak tikam binatang seladang;Kalau bisu hatinya bising,Tak dapat silap naik berangsang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)