Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Pelbagai

Merpati terbang melambung,Jatuh tersepit pagar cik ahmat;Buah hati pengarang jantung,Di mana jatuh biar selamat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke palembang,Anak jawa membakar arang;Pelayaran tuan tidak menimbang,Karam berdua basah seorang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Jikalau anakku hendak beristeri,Empat perkara hendak kau cahari,Supaya rumahmu kelak berseri,Sahabat handai suka kemari.

Wikisource (CC BY-SA)
Budi & JasaSindiran

Dari mana tanam lenggundi?Lenggundi tanam di pintu raja;Cuma sahaya menabur budi,Budi ditabur terbuang sahaja.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Buah berembang masak ranum,Masak dipiram dalam gua;Kumbang lalu bunga tersenyum,Belalang seekor tumpang ketawa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ia pergi senanti,Menempuh hutan senjata parang;Kalau ia cinta terhenti,Berkerat rotan berpatah arang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Angkat papan dari jawa,Sorek di mana ditukarkan?Angkatlah beban tuan bawa,Adik di mana ditinggalkan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Saya hendak menikam mengkuang,Terikam umbut mensiang;Saya tidak menyuruh pulang,Hari sudah berderang siang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Pucuk sembung selara muda;Kalau ya kasihkan kami,Carikan tombong kelapa muda.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Anak gajah di batu monggok,Aur duri arai-jemarai;Cerdik lang bingunglah ponggok,Kedapatan budi burung murai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sungai genuk, sungai emak dulang,Ketiga dengan pulau keladi;Badan gemuk tinggal tulang,Menanggung rindu di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kahwin & Merisik

Padi dijemur di kebun hulu,Buat pancang kayu bergalah;Tuan beristeri saya tak mahu,Kalau bujang apa kan salah?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pucuk enau pucuk meranti,Pucuk kembang sekali dua;Rintik panau penambat hati,Bentuk kening membuang nyawa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Itulah tanda hampir meerat,Semang di hutan pandai menyurat;Bayan pandai membaca surat,Timur beralih sebelah barat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaAgama

Letuk-letak paruh enggang,Jatuh bertilam kulit pari;Duduk tegak tuan sembahyang,Antara sujud cintalah kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang menjahit di atas bangku,Jarum perak benang mastuli;Hairan ajaib di hatiku,Burung merak meminang nuri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Anak itik sukadana,Makan berulam pucuk kumpai;Tidur berulit dengan rebana,Tarikkan nyanyi, timang buai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pokok pinang jangan direpih,Luruh tampuk seludang mayang;Orang muda jangan berkasih,Kalau kasih tinggal tunang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pisau raut hilang di rimba,Buat peraut sangkaran balam;Karam di laut boleh ditimba,Karam di hati dunia karam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
AgamaAdat & Bangsa

Raja rum sembahyang subuh,Terendam pucuk gelegata;Tersentuh kulit, cium tubuh,Di dalam batin terlindung jua.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Seri Rama raja di Tasik,Sayang tasik tumbuh cendawan;Bintang merindu cenderawasih,Cenderawasih burung di awan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke laut,Pesan saya ketam jantan;Kalau tuan menjadi pulut,Saya menjadi kepala santan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bukan hujan dari bota,Hujan datang dari bukit;Bukan uban membawa tua,Uban datang dari penyakit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun delapan,Mati seekor tinggal tujuh;Di situlah banyak kapal beragan,Anak kelasi habis gaduh,

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok kapas dalam kampung,Anak siam memetik bunga;Saya laksana lipas kudung,Peti buruk tempat diamnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Makan sirih berpipang tidak,Pinang ada dari melaka;Makan sirih mengenyang tidak,Tegal di budi dengan bahasa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Selama ditebang akar lembayan,Jatuh ke tanah menggari batu;Sudah terbang burung bayan,Tinggal meremuk murai batu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang awa pergi ke tanjung,Singgah membeli beras pegu;Tuan laksana cempedak mambung,Pulur sahaja, jual tak laku.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Orang daik pulang ke daik,Anak angsa terenang-renang;Buat baik tak dapat baik,Sahaja bangsa tiada mengenang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Ada bidak pengiring raja,Mengemat raja, tak dapat diempit;Saya tidak khabarkan sahaja,Alamat hati sahaya sakit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitKasih & Cinta

Terbang hinggap di pohon raman,Disambar paksi burung dewata;Entahkan balik akhirulzaman,Sudahlah nasib pertemuan kita.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Pisang emas di tepi telaga,Masak sebiji mari kurasa;Tuan emas saya tembaga,Campur gaul jadi suasa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang menjala di tepi kuala,Dapat seekor ikan pelata;Tuan seorang buntat gemala,Kakanda nak buat cermin mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ada seekor burung merak,Lehernya panjang suaranya serak;Tuan umpama emas dan perak,Hati yang mana boleh menolak?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cempedak dua namanya,Buah lempata di ruang jalan;Kalau terkenang sebut namanya,Air mata dibuang jangan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pijat berseru di tengah medan,Memegang tombak meminta lawan;Terkejut singa di dalam hutan,Geroda lari ke kaki awan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kerbau mandung menyusu anak,Pulang ke rumah kelaparan;Sungguh terlindung burung yang banyak,Dengar suara boleh kenalkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Sarat perahu muat pinang,Singgah berlabuh di kuala daik;Budi jahat lagi dikenang,Inikan pula budi yang baik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Turun di taman baharu dipetik,Anak merak terbang melayang;Cahaya sungguh bintang pelantik,Bintang timur pengarak siang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tengah telaga, keliling pagar,Dalam kolam pohon bunga;Saya umpama jelaga damar,Hendak dituam baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Chau Pandan anak Bubunya,hendak menyerang kota Melaka;Ada cincin berisi bunga,Bunga berladung di air mata.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Ayam burik kelabu hintang,Tertambat ke limau manis,Kalau mudik hari dah petang,Bentanglah tikar duduk menangis.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Berbelok di tanjung beringin,Kemudi patah dilentur;Elok orang hati tak ingin,Budi bahasa hatiku hancur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau patah dahan durian,Tersandar mari dahan lempata;Kalau ada untung kejadian,Kalau tidak main mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Pecah pukat dilanggar ikan,Ikan bernama si jaring gigi;Hilang buntat, berganti intan,Intan bernama payung negeri.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tuan pergi ke darat,Singgah petik daun lengkuas;Jangan tuan terlampau sangat,Berjumpa buku dengan ruas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Medang ini medang kemangi,Burung cempaka membuat sarang;Sekuntum bunga kembang wangi,Habis layu di serang kumbang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Segan saya ke bilik cina,Cina ada menulis awan;Segan saya mencium bunga,Bunga dicium serasa tuan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Laksamana berbaju besi,Masuk ke hutan memotong rotan;Tuan laksana lembu kembiri,Galak sahaja tiada melawan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pecah buyung sebuah dua,Reput dipetik bunga lalang;Saya umpama si burung tempua,Sebarang rumput dibuat sarang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Nasi kunyit panggang ayam,Ketiga dengan pulut inti;Bumi tersengit, dunia karam,Belum dapat belum berhenti.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & JasaSindiran

Apa melintang rumah Che Judi,Tampak dari pangkalan raja?Puas sudah menghambur budi,Sahaya miskin, dibuang sahaja.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Hendak mandi ke hulu cempung,Bercebok batil permata;Matahari sudah tercampung,Kasih terdiri di bibir mata.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam burek balung batu,Makan padi dalam gua;Jangan seluk lubang itu,Takut dirat ular sawa.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Balai kecil kerani jaga,Daun pegaga dalam raga;Sekali-kali kami tak sangka,Ular lidi menelan naga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Serindit hinggap di pohon keranji,Burung belatuk terbang ke hulu;Adik weh kecil apa berjanji,Ketok dinding bukakan pintu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Limau manis di kebun raja,Hilang dibungkus punca kain;Mulut manis di depan sahaja,Hati sudah kepada lain.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
BerkaitSindiran

Ditebar dapat alu-alu;Disambar unggas si raja helang;Hampir ke mari tidakkah malu?Baiklah segera kembali pulang.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Padi ini semumba-mumba,Daun kurma daun cempedak;Macam mana hati tak hiba?Entah bertemu, entah tidak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau batik dari palembang,Mari digunting lantas ke pesak;Sifat saya pipit terbang,Menantikan musim padi masak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)