Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

Kasih & Cinta

Sapu tangan tepi berkelim,Buat mari kuku belalang;Hati rindu macam nak kirim,Nak kirim bukannya barang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cik akub pergi menjala,Dapat sah-ekor anak bebarau;Ibarat kain celupan nila,Kalau lama bertelau-telau.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terangkak-rangkak kanan-kiri,Laksana ular kena hambat;Hajat gagak nak jadi nuri,Tak sedar dirinya makan ulat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitPelbagai

Padi di sawah petik tangkainya,Orang Feringgi jadi kelana;Tuan di bawah patik bertanya,Sekarang pergi akan ke mana?

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Ketupat sebakul baharu,Dihantar ke lubuk siam;Abang dapat sahabat baharu,Saya terbuang di dalam diam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitNasihat

Mati dibunuh hulubalang tua,Jatuh di sisi pada pangkalan;Akhir sendiri jua kecewa,Maksud tak sampai jadi kembalan.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Remuk redam kapal di tanjung,Nampak dati pulau jerejak;Rindu dendam sama ditanggung,Hendak menangis bukannya budak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sanggul lintang berlipat-lipat,Lipat ke dalam bubuh bunganya;Cantik sebagai kuntum selimpat,Bila kembang harum baunya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Baik-baik tuan mengikat;Anak balam terbang tinggi;Baik-baik tuan menyurat,Kalam jangan buat penyugi.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Budi & Jasa

Teritip tiram tergantung,Limau manis banyak bijinya;Pilih-pilih muda sekampung,Hitam manis baik budinya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Nasi lemak buah bidara,sayang selasih hamba lurutkan;Buang emak buang saudara,kerana kekasih hamba turutkan.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Kuda terup dua sepasang,Tuntun bawa ke tengah padang;Tiada pelampung untuk berpegang,Ikut suka di lambung gelombang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Cempedak di luar pagar,Tarik galah tolong jolokkan;Saya budak baharu belajar,Kalau salah tolong tunjukkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ada seorang saudagar keling,Matanya merah seperti cemperling;Pelita di tengah orang keliling,Buluh seruas berganti suling.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Budak-budak menaham perangkap,Umpan dengan sayur kangkung;Harimau di hutan lagi kutangkap,Inikan pula kucing di kampung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Gunung pantai tinggi merawan,Nampak dari padang temu;Buah hati tinggallah tuan,Ada hayat kita bertemu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Ada gula, adanya semut,Bagai kucing mamah tulang;Orang kaya apa disebut?Kita miskin berbanting tulang.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Kukur nyiur perah santan,Hendak gulai kambing di pekan;Ayohai adik abang berpesan;Buah mabuk jangan dimakan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & BangsaKahwin & Merisik

Ramai berkahwin raja di riau,Bersanding di atas singgahsana;Saya umpama air yang payau,Musim kemarau baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
BerkaitPelbagai

Anak ayam habis lalu,Tali rotan ambil dicabut.Dipukul ombak bertalu-talu,Segala kapitan kelam kabut.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
BerkaitKasih & Cinta

Singgah memanah burung kedidi,Terbang hinggap di pohon raman;Tinggal pangkalan tempat kumandi,Entahkan balik akhirulzaman.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Pegawai penghulu tukang perentah,Yang mana ada lorong arah;Jatuh terlepuk kaki patah,Kepala dogol pecah berdarah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pokok ara ada di hulu,Tebang orang membuat rakit;Kera bermain baji kayu,Baji tercabut ekor tersepit.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kedondong batang sumpitan,Batang padi saya lurutkan;Tujuh gunung sembilan lautan,Kalau tak mati saya turutkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cakapan pelat orang petani,Mari ke tanjung hendak membeli;Bodoh kurang faham erti,Kambeli dikata permaidani.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Anak raja keluar beralas,Cantik bersunting bunga mempelas;Tuan laksana kain antelas,Cantik manis pandangan jelas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Berdentung guruh di papan,Kilatnya sampai ke selayang;Tujuh syurga di dalam badan,Itulah maana kasih sayang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam didik patah kaki,Mari balut keladi hitam;Diam pesolek tiada pegari,Hati di dalam duduk merekam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Kapal belayar dari arakan,Ambil gaji jadi jemudi;Mati ikan kerana umpan,Mati saya kerana budi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tarik pauh di tengah padang,Orang menumbuk lalu mengangin;Langit hangus bumi terpanggang,Di dalam lubuk helang bermain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Tanak nasi si polan-polan,Makanan anak si raja ali;Nak mati berpayung bulan,Nak berkubur di matahari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Batu kawi buat pengasah,Buat asah parang candung;Buatan salah duduk menggelisah,Dosa tak boleh dapat ditanggung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Burung nasur terbang ke Padang,bulunya lagi jatuh ke Patani,Banyak muda sudah kupandang,tiada sama mudaku ini.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Sandar-menyandar di batang pinang,Timpa-menimpa di batang padi;Tembak dengan peluru pertunang,Kena tak kena, ular pun mati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Radin galuh sedang bergunting,Nama bergelar carang kelana;Sungguhpun jauh serasa damping,Hati di dalam gundah gulana.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Tiup api panggang tilan,Anak raja pulang menjala;Hidup mati di tangan tuan,Adik tidak banyak bicara.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke mana terkemas-kemas?Hendak pergi ke pajak pantai;Jangan abang menaruh cemas,Tiga hari iddah kan sampai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Mayang terendam di pusat tasik,Pusat tasik tumbuh cendawan;Bintang merindu cenderawasih,Cenderawasih burung di awan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Ilmu & Belajar

Sekali-kali tiada disangka,Semang dan hudai pandai seloka;Apatah lagi kera dan ungka,Bertandak menari bersuka-suka?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pucuk nipah kelibatan,Terletak mari di tepi pantai;Biarlah rosak di dalam pelipatan,Jangan rosak kena pakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Mempoyan di tengah jalan,Nampak jua rimbun daunnya;Dua malam abang berjalan,Nampak jua timbung dayungnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Banyak labuh sampan pukat,Ikan seekor haram tak dapat;Senjata tuan, senjata berkarat,Sebelum di asam, sudah berkilat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Tebang penak tebang meranti,Tebang pulai condong ke jalan;Di mana semak di situ menanti,Bagai punai rindu sekawan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke laut membeli ganja,Ganja ada lautan api;Kalau hidup jadikan juga,Kalau mati luar janji.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ikan kedera dimasak pindang,Tak burung sisik, cabut insang;Susah dagang bukan sebarang,Letih lesu menghempas tulang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sakit kaki ditikam tunggul,Tunggul kecil di tengah huma;Sakit hati pandangkan sanggul,Sanggul kecil berisi bunga.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Seekor jalak melawan pilas,Dalam gelanggang bunuh sebelas;Ibarat dawat dengan kertas,Mana boleh renggang terlepas?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Teritip tiram tergantung,Samba-menyambar si anak pari;Buah hati pengarang jantung,Hilang di mana kakanda nak cari?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Terang bulan di dalam paya,Sarang penyengat di dalam padi;Adakah orang semacam saya,Menaruh kiamat di dalam hari?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Motivasi

Sudah jeling jangan dijiluat,Hati marah sabar dahulu;Mata juling serong melihat,Jauh bertentang tidak tahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Rentaskan rumput sambil lalu;Kalau ya kasihkan kami,Ambilkan umbut dalam batu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau roboh Kota Melaka,papan di Jawa hamba dirikan;Kalau sungguh bagai dikata,badan dan jiwa hamba serahkan.

Wikisource (CC BY-SA)
Kasih & Cinta

Kalau ya selasih dani,Mari dialas dengan kertas;Kalau ya kasihkan kami,Carikan buah jatuh ke atas.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Makan sirih carik-bercarik,Makan pinang sepah diludah;Kalau asal bangsa tak baik,Dijulang tinggi menjadi rendah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Layang-layang kertas putih,.Budak-budak bermain tembak;Kasih sayang dengan cik utih,Laksana perahu membuang ombak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Patah genggung di panggung,Patah gunting tuan letakkan;Tuan dapat pagar tenggalung,Lancang kuning tuan campakkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Apa merah di dalam kebun?Bunga nenas susun puteri;Jangan harap kepada embun,Ke luar panas gugurlah ke bumi.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ditinun kain dengan kapas,Bermacam-macam warna ragi;Perahu lilin layarnya kertas,Berani kulanggar lautan api.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Kayu ditikam rabit bibir,Budak-budak bermain sagur;Penyu pandai kimbah pasir,Hendak menghilang bekas bertelur.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Kalau tuan mencari lokan,Lokan dicari dalam raga;Bukan tuan sayangkan umpan,Ikan menipu, makan sahaja.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)