Khazanah Pantun

Pantun Melayu klasik

1273 rangkap warisan, tersusun ikut tema. Rangkap pilihan disertai huraian makna dan analisis rima.

NasihatKasih & Cinta

Buluh perindu di atas atap,Hendak dibuat bambu joran;Kalau rindu jangan meratap,Siapa lalu baik dipesan.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Adat & Bangsa

Masaklah buah jambu arang,Tuan haji lalu ke rimba;Burung undan tinggalkan sarang,Rajawali sudahlah tiba.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Rebung saya rebung galian,Sepelempap dari tanah;Jangan apa dioleh alikkan,Di tempat lain dia nan ramah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Jikalau kena dengan pasangnya,Mana kan kuda takut mandi;Jikalau kena dengan datangnya,Mana kan muda takut mati?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Burung pipit terbang ke bukit,Tempat orang menanam pala;Pipi tersenyum kening diangkit,Bagaimana saya tak gila?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tetak bulih membuat panah,Hendak panah kuda berlari;Minta laut menjadi tanah,Baharu saya datang ke mari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Pasir putih di sarang helang,Selasih saya cucukkan;Hitam putih dikata orang,Kerana kasih saya turutkan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Dapat timah berbangka-bangka,Timah datang dari kelang;Adik beban dirasa-rasa,Biar terbawa di badan seorang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pengelan pengait gajus,Gajus gugur dengan sendirinya;Laut terbakar gunung hangus,Petang semalam tampak asapnya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kalau tak takut jangan menyeronot,Laksana puteri buah bonot;Tak dapat silap hendak merongot,Sudah tahu jangan pongot.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Pandai bertenun kain di acih,Batang torak saya hempaskan;Kerana sebab cenderawasih,Merak emas saya lepaskan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Di atas pokok burung bersarang,Burung terbang di ruang angkasa,Dalam kita ada terlarang,Jangan sekali membuat dosa.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Sorong kayu nasi ditanak,Mari tanak tepi kuala;Rendam sumbu di dalam minyak,Sudah menyerap baru menyala.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kepaya si dua buah,Masak sebuah dibawa ke pekan;Anak siapa berbaju merah,Laksana buah boleh dimakan?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Angkut-angkut terbang ke langit,Singgah bersarang di pohon paku;Tetangkup bumi dengan langit,Tuan seorang dalam tanganku.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Bunga telepuk kembang separak,Kembang bersusun setiap batang;Awan bertepuk, mega bersorak,Bulan terbit di pagar bintang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ke laut membeli barang,Itik bertelur dalam jeraminya;Laut terbakar menjadi terang,Setitik air memadaminya.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Layang-layang terbang ke acih,Jatuh ke landu makan padi;Seorang sayang seorang kasih,Bagai hempedu lekat di hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tinggi bukit gunung bertam,Tampak dari kuala gamin;Pantang abang panau bertatam,Bagai intan dalam cermin.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & CintaIlmu & Belajar

Angkut-angkut terbang ke langit,Sampai ke langit membuat sarang;Mulut busuk ketiak hangit,Pandai meminang kekasih orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Nasihat

Lain hulu, lain parang,Sayang gereja di atas bukit;Lain dahulu, lain sekarang,Jauh beza, bukan sedikit.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & Cinta

Cenderawasih burung di sawah,Pukul anak ibu yang mati;Cerai kasih bukannya mudah,Rasa nak gentas tangkai hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Lagi dibelah lagi diungkai,Kononlah pula torak bertorang;Di tangan allah lagi diungkai,Kononlah pula di tangan orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Layang-layang di atas bukit,Kayu tengar dari seberang;Cinta sayang bukan sedikit,Racun penawar tuan seorang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pukul gendang anak serani,Anak keling mandi minyak;Saya umpama rumput di bumi,Rendah sekali pada yang banyak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kena sengat sembilang karang,Siang malam duduk mengerang;Puas didemah habis diganggang,Tujuh hari bisa tak hilang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Perpaduan

Tatang puan, tatang cerana,Datang biduk seri rama;Datang tuan datanglah nyawa,Mari duduk bersama-sama.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Gigi bertatah dengan gewang,Kelip-kelau nampak berjahang;Rumah buruk lantai jarang,Kalau teperlus malu ke orang.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Sindiran

Encik ambong orang melaka,Membentuk kail di atas takar;Sombong sahaja tuan berkata,Di mana kan air boleh dibakar?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ayam denak di padang puar,Makan ke teluk sisa tupai;Ayam jinak menjadi liar,Lang di mana datang mengintai?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Adat & Bangsa

Keris sempana keris tampang,Canai anak dagang melayu;Jangan lama di negeri orang,Bencana banyak mendaun kayu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Cacak galah di tepi tebing,Pucuk nipah kelibatan;Sudah rosak cindai keling,Rosak di dalam pelipatan.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Duduk menangis sambil menulis,Mari ditulis di atas daun;Sekecil-kecil kayu tempinis,Terasnya tahan berpuluh tahun.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Ada satu penglima batak,Sekali pandang sebagai perompak;Saya laksana jung tercampak,Pasang surut dipukul ombak.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Encik puan orang di kota,Sayang todak dalam perahu;Sebab tuan hatiku cinta,Makan tak hendak tidur tak mahu.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Babi bermain di terang bulan,Singgah berkubang di rumpun buluh;Tuan seumpama kain kapan,Hancur luluh lekat di tubuh.

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
BerkaitKasih & Cinta

Dipanah oleh Raja Hanuman,Disambar paksi burung dewata;Entahkan balik akhirulzaman,Sudah nasib pertemuan kita.

Hikayat Chendawan Puteh (dipetik Overbeck, JSBRAS No. 85, 1922)
Pelbagai

Pecah buyung tempayan ada,Boleh juga mencuci kaki;Terbang tiung bayan ada,Boleh juga menhiburkan hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Berkait

Beragam bunga terbit dari tangkainya,Harumnya bikin elus beta punya hati,Lelah ini jiwa sekadar untuk meraba,Cinta tak kunjunglah jua beta rasai.

Wikisource (CC BY-SA)
Pelbagai

Pokok dudur dalam rimba,Pokok sena di dalam pasu;Tuan tidur berbantal tiba,Lena mengulit di atas pangku.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tempat orang bakar arang,Bunga mawar tepi perigi;Apa nak takut ular belerang,Penawar ada di tangan kami.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Orang jawa pulang ke jawa,Membawa tiang bersambung-sambung;Badan terletak putuslah nyawa,Nyawa tidak dapat disambung.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Musang jebat di atas daun,Meniti di ranting tiada patah;Berapa lebat hujan setahun,Jatuh ke bumi haram tak basah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Menangguk udangnya banyak,Hendak dipipah, airnya dalam;Hendak masuk, orangnya banyak,Campaklah sepah dari dalam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Tarik dayung sorong dayung,Singgah berhenti di tepi pantai;Tuan laksana sampan kudung,Sudah buruk tiada terpakai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak ayam turun tiga,Mati seekor tinggal dua;Kelasi-kelasi baharulah suka,Bongkar sauh belayar semula.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Ilmu & Belajar

Burung lang terbang berdirit,Pandai menyambar ikan sepat;Tuan laksana bunga di bukit,Cantik bagai kuntum selimpat.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Buah masak tiga setangkai,Hendak capai tangan tak sampai;Baik kita taruh sigai,Kalau tinggal dimakan tupai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sayang durian di atas bukit,Mari dibelah ambil pangsanya;Tuan tahu berhati sakit,Kata orang apa rasanya?

Overbeck, The Malay Pantun (JSBRAS No. 85, 1922)
Kasih & CintaAgama

Perempuan sembahyang pakai telekung,Sembahyang dengan dua beradik;Kasih sebagai hujan bertakung,Akhir jadi jentik-jentik.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Agama

Orang cina berjual kayu,Orang keling berjual kain;Bagaimana bunga tak layu?Embun menitik ke tempat lain.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Cik hassan memotong akar,Sayang keduduk baharu berbunga;Saya laksana durian mangkar,Dibuat lempuk baharu berguna.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Kerkap-kerkup bunyi ditutup,Kunci pintu malam-malam;Lautan hijau siapa mencelup?Duri di hutan siapa pertajam?

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Kasih & Cinta

Sirih kuning dari seberang,Hanyut kiambang berderai-derai;Tuan jangan berhati curang,Kasih kelak akan bercerai.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pulut hitam makan berkuah,Makan di atas permaidani;Encik hitam orang bertuah,Hambat ayam tidak bertali.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Budi & Jasa

Tanam lenggudi tumbuh kelapa,Terbit bunga pucuk mati;Budi tuan saya tak lupa,Sudah terpaku di dalam hati.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Anak buaya di dalam alur,Mari ditikam dengan taji;Banyaklah akal bintang timur,Bulan dah dapat di matahari.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Sembur ke luar berembus-rembus,Habis merecik kain tilam;Parang tumpul baik digabus,Sungguh tak kilat, matanya tajam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Pucuk si pisang angsi,Tarahan lesung merbau rendah;Perahu terbentuk nakhoda mati,Sampai begini dendam tak sudah.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)
Pelbagai

Helang ponggok helang berikan,Tidur siang berjaga malam;Sungguh diunjuk tidak diberikan,Tepat di luar rencong di dalam.

Wilkinson & Winstedt, Pantun Melayu (1914)